Monday 31 December 2012

End Of December :(



Hari ni rasanya seperti kurang sesuatu. Mungkin esok kekurangan tu akan diisi. Siapa tahu ketentuanNYA ;)

End Of December
End Of You And Me
T.q Love
I tried my best
May ALLAH Bless You 


Pejam celik pejam celik hari ni dah 31 .12.2012. Hati ni rasa sedih & sayu sangat nak tinggalkan 2012
Terlalu banyak memori manis yang mungkin tak dapat pada 2013 nanti. Tapi in shaa ALLAH mudah-mudahan tahun 2013 nanti hidup ni lebih baik & diisi dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat ;)

Assalamualaikum ;)
Zara Saae
Puncak Perdana





Thursday 27 December 2012

Puisi Sekuntum Bunga Matahari

Ku tuliskan sebuah puisi
Untuk Engkau Rasai 

Puisi Sekuntum Bunga Matahari
Satu tulisan kisah ratapan hati
Hati Aku dan Bukan Hati Kamu


Hanya sekuntum bunga matahari aku semai di taman hati
Tiada dua
Tiada tiga
Cuma Sekuntum

Sekuntum Bunga Matahari
Aku sirami dengan Air Kasih
Aku Bajai Dengan Cinta Suci
Aku Hidupkan Dengan Senyuman Abadi

Semakin Hari Suburnya Semakin Galak Bahagia
Ku Cari Layunya Tidak Jumpa
Gugurnya Pun Tiada

Walaupun Langit Tidaklah Selalu Cerah
Ku Biarkan Saja Hati Berenang Sendiri Dalam Ombak Kesepian
Kerana Ku Yakin Tidak Akan Lemas Dalam Dakapan Ilahi

Zara Saae
27.12.2012
Puncak Perdana

Wednesday 19 December 2012

Istikharah: Memilih, Dipilih Atau Terpilih

Assalamualaikum :) Entry saya kali ni saya nak cakap fasal istikharah. JODOH punya hal :)


Menurut Ummu Anas di dalam bukunya  Istikharah Cinta (2012), istikharah bermaksud memohon petunjuk daripada ALLAH bagi menentukan pilihan dan keputusan yang terbaik.

Setiap orang mesti akan berada dalam kesulitan. Dengan cara solat dan doa In Shaa Allah ALLAH akan permudahkan kesulitan tu :)

Sebelum ni saya cuma dengar sahaja daripada teman-teman tentang istiharah. Lepas itu, saya lebih memahami erti istikharah selepas sahabat kesayangan saya ini telah pinjamkan saya sebuah buku iaitu Istikharah Cinta :) 

Alhamdulillah :) 
Sekadar berkongsi rasa. Mungkin ada yang tidak berapa selesa dengan luahan ni. Maaf :)
Saya pun manusia biasa. Mengalami kesulitan dalam membuat keputusan. Biasalah :) semua orang mahukan yang terbaik terutamanya dalam hal jodoh :) Fasal jodoh ni saya tak boleh nak main-main. Jodoh menentukan kehidupan saya dunia dan akhirat. Saya perlu memilih yang terbaik :)

Setelah beberapa saat dalam kehidupan saya :) Bukan cinta lagi yang saya kejar :) Mungkin ada yang tak setuju dan mungkin ada yang setuju. Maksud saya bukan dah tak nak bercinta. Tetapi cinta saya tidak kenal rupa. Cinta saya tidak kenal masa. Saya seperti bercinta pada yang tiada :) Bukan dah give up. Cuma saya dah letih pujuk hati sendiri. Tak mudah untuk seorang perempuan nak bertahan bila ditinggal gantung tak bertali. Lelaki kena faham hati dan perasaan perempuan :) Lelaki kena faham jugak perempuan mana boleh tunggu lama-lama. Ingatlah... saya isteri.. Saya nak lahirkan zuriat yang sihat untuk suami :) Kalau kahwin lambat :) Umur dah tua nanti ?? Saya tak nakkkkkkkkkkkkkkk :) Tetapi hati saya sedang bertahan untuk dia walaupun dia tak pernah wujud. Walaupun Dia hanya  sebuah fantasi. Hadir dalam mimpi. Dan terus biarkan saya menangis dalam realiti :)

Dalam hati saya yang sedang kosong kosong kosong dan kosong ni mungkin ALLAH makbulkan doa saya :) amin alhamdulillah. Kerana takut sakit dan kecewa lagi saya tak nak letak harapan lagi dekat dia. Saya menangis macam perempuan lain jugak. Bukan saya tak usaha mencari cinta yang saya pertahankan. Cuma terfikir kenapa saya nak kejar cinta yang lari daripada hati saya :)  Lari dan terus berlari tanpa haluan. Saya dah tak nampak di mana cinta dari dia. Kalau betul dia sayangkan saya. Dia tak kan sakitkan hati saya. Tak kan biarkan saya sendiri macam ni. Saya cuma mahu jadi seorang isteri dan mahu jadi pendampingnya. Kalau tak mahu saya janganlah diam. Ini bukan kali pertama saya merasa. Dua kali bercinta dua kali saya rasa benda yang sama. Diperlakukan dengan benda yang sama :) Saya redha. Mungkin ALLAH menguji hati saya dengan cara ni :)

Empat tahun saya membina satu cita-cita. Cita-cita untuk bersama dia. Tetapi sekarang istana cita-cita tu terbengkalai macam tu saja :) Ditinggal usang tak berpenghuni lagi dah :) Di mana tuan punya istana tu saya tak tahu. Saya tak tahu. Saya tak tahu. Saya tak pernah tahu :) Ada hikmah yang tersembunyi :) Kadang-kadang hati jahat nie selalu merungut apa lagi selepas ni. Saya dah tak sanggup :(

Dalam hati seorang wanita mestilah mahukan teman yang boleh dijadikan sahabat dan suami. Yang memahami. Saya merasa Allah mengambil cinta si dia dari saya perlahan-lahan. Walaupun saya mahukan dia. Allah mungkin tak akan bagi apa yang kita suka sebab ALLAH lebih mengetahui mungkin apa yang kita suka bukanlah yang terbaik untuk kita dan mungkin akan memudaratkan kita :) Walaupun hati saya tak mahu hilang dia. Ya Allah perit sangat nak hadapi perasaan tu. 

Dalam hati yang sedang kosong. Bingung. Keliru. Takut. ALLAH dah merancang sesuatu. Saya perlu membuat keputusan untuk hidup saya. untuk hati saya. Tuhan memberi peluang untuk saya memilih :) Walaupun saya ditinggal gantung tak bertali tetapi tanpa sedar ALLAH dah meniupkan roh cintaNYA di dalam hati seorang hamba yang saya mengenalinya sebagai seorang teman :) Tetapi saya tidak meletak harapan apa-apa :) Saya terharu dengan niatnya yang mahu memperisterikan saya sedangkan pemilik cinta saya tak pernah dengar panggilan dari hati saya. Mungkin dia tak merasa cinta saya. Saya bertahan dengan sabar dan doa. Dan semua untuk dia :)

Cinta saya meninggalkan saya gantung tak bertali :) Tidak mengapa. Salah saya :) Sahabat pula mahu jadikan saya pendamping hati hingga ke syurga :) Walaupun saya tak cinta. Tidak mengapa. Kalau saya adalah tulang rusuk awak yang hilang tu pasti ALLAH akan kembalikannya kepada awak tanpa kesulitan :) Saya tak merasa ianya sebuah kesulitan yang boleh buat saya jadi gila untuk memikirkan apa yang terbaik. Saya mengambil kesulitan ini sebagai sebuah peluang yang ALLAH bagi untuk saya memilih. 

Saya memilih untuk Istikharah. Saya memilih untuk memohon ALLAH menentukan yang terbaik untuk saya dan mohon ALLAH meredhai saya :) Tiada lagi harapan cinta yang menggunung. Biarlah ALLAH saja yang menentukan :)

Awakkk ? Saya cuma nak bahagia. Dan saya sedang berjuang untuk kebahagiaan saya. Walaupun awak tak pernah ada di sisi saya tetapi ALLAH tak pernah tinggalkan hati saya sendiri walaupun satu saat :)

Dalam istikharah ini mungkin saya akan memilih :) Mungkin saya akan dipilih :) Dan mungkin saya yang akan terpilih :) Hanya ALLAH saja yang lebih mengetahuinya :) Doakan saya :)

Thursday 6 December 2012

Akhirnya Kau

Assalamualaikum :)
Halluuuuuuuuuuu... Jom Senyum dulu :)
Entry kali nie saya nak buat satu adaptasi kononya ajelah adaptasi dari lirik lagu KU AKUI by HAFIZ. Baca gubahan saya sambil dengar lagu ni ok :) Jom!


Aku mahu katakan kepada mu kekasih
Kesilapan yang pernah kau lakukan dulu
Ternyata kau yang harus dipersalahkan
Kau akuinya sendiri

Kau terlalu leka dengan kerjaya
Kau terlalu mengejar kekayaan di dunia ni
Kau tahu betapa hancurnya hati ku laluinya sendiri
Kau akuinya sendiri

Jika kau dapat mengulanginya lagi
Sebuah perjalanan cinta bersama aku
Aku yakin kau kan jaga
Sebaik-baik cinta ini

Kini kau rasa kehilangan
Kau sedar betapa pentingnya aku di sisi
Yang selalu ada
Yang selalu rindu
Terhadap diri mu

Jangan!Jangan!
Jangan kau ulangi lagi

Jika kau dapat mengulanginya lagi
Sebuah perjalanan cinta bersama aku
Aku yakin kau kan jaga
Sebaik-baik cinta ini

Kini kau rasa kehilangan
Kau sedar betapa pentingnya aku di sisi
Yang selalu ada
Yang selalu rindu
Terhadap diri mu

Akhirnya Kau Akui Sendiri
Kau bukan lagi pemilik cinta ini
Zara Saae
Shah Alam
6/12/2012
10.20 am

Thursday 29 November 2012

Cerpen : ADIK

Adik memandang ke arah jam tangannya. Sudah tepat menunjukkan pukul 12.30 hari. Keringat semakin memenuhi ruang dahi. Mata adik berkeliaran melilau ke sana sini. Muka adik kian menampakkan kegelisahan. Sekejap dia duduk. Sekejap dia berdiri.
“Aduh! Mana train ni? Dari tadi aku tunggu tak sampai-sampai.” Keluh adik sendirian.
Adik memasang telinga dengan penuh berhati-hati. Pengumuman mengatakan terdapat gangguan elektrik sehingga menyebabkan perjalanan tidak dapat diteruskan membuatkan adik semakin tertekan. Orang pula semakin ramai dan sesak. Puas berdiri adik kembali melabuhkan punggungnya ke kerusi. Adik melihat orang yang lalu lalang di hadapannya. Macam-macam ragam yang dipersembahkan. Ada yang sedang ketawa. Ada yang sedang bercakap. Masalah yang dialami dan suasana yang sesak dengan orang ramai membuatkan adik semakin rimas. Sudah hampir dua jam dia menapak di Kuala Lumpur Sentral itu. Adik sekali lagi melihat jam tangannya. Lalu satu keluhan berat dihempas keluar. Adik hanya menundukkan wajahnya melihat bumi.
“Assalamualaikum. Boleh saya tumpang bertanya?”
“Wa’alaikumussalam. Ya?” Jawab adik. Matanya terbuntang luas.
“Betul ke ni platform nak ke UKM?”
“Ya betul.” Adik tiba-tiba saja gagap dalam menyusun bualnya.
“Oh! Terima kasih.”
“Sama-sama.” Jawab adik perlahan seolah-olah dia hanya berbisik sendiri.
Adik hanya melihat gadis berkulit putih gebu, berbaju kurung dan berhijab itu melangkah membelakangkannya.
“Fuh! Cantik! Bergetar jantung aku tengok.” Bisik adik sambil senyum sendirian.
Sekian lama menunggu akhirnya train telah sampai. Berpusu-pusu penumpang berebut untuk mendapatkan tempat di dalam  train. Adik juga tidak terlepas merebut peluang. Adik merasa sangat lega apabila dia sudah duduk di dalam train  dengan selesa sedangkan penumpang yang lain masih lagi berpusu-pusu berebut sesama sendiri untuk masuk ke dalam. Ada penumpang yang terpaksa menunggu train yang seterusnya.
Awan hitam bergerak perlahan diterbangkan angin. Adik masih lagi berdiri di tepi tingkap. Matanya tidak berkelip melihat ke luar. Adik merelakan saja angin menampar pipinya. Pokok-pokok pula galak menari di goncang angin kencang. Akhirnya hujan jatuh jua membasahi bumi. Tempias mula melonjak masuk ke tingkap. Perlahan-lahan adik menutup tingkap. Dia mengheyakkan badannya ke katil bujang. Kesunyian mula menghampiri hatinya.
“Ibu…Adik rindu ibu.” Bisik adik.
Air mata adik mengalir tanpa dijemput. Rindu pada ibunya mengundang kesedihan di dalam hati adik.
***
Ibu sedang sibuk mengemas rumah. Adik pula bermain sendirian di luar. Sebuah kereta Proton Waja berwarna putih masuk menapak tepat di hadapan halaman rumah tempat adik bermain. Adik melihat ke arah kereta lalu berlari mendapatkan ibu.
“Ibu... Ibu...” Suara adik begitu nyaring sehingga jantung ibunya berlari tidak keruan.
Ibu memandang ke arah adik yang berlari mendapatkannya.
“Kenapa sayang? Terjerit-jerit ni, terkejut ibu.”
“Abah...  Abah dah balik ibu.” Adik tersenyum riang. Bukan senang adik boleh berjumpa dengan abahnya. Kadang-kadang tiga bulan sekali baru nampak batang hidung. Adik begitu gembira sekali. Tetapi adik perasan riak wajah ibu berubah. Seolah-olah tidak suka apabila adik menyebut abah.
“Kenapa ibu?” Tanya adik sambil memegang tangan ibunya.
Ibu hanya tersenyum lalu mengorak langkah menuju ke arah pintu utama.
“ Lia! Lia!” Jerit abah. Jeritannya bagaikan guruh. Adik perlahan-lahan menyusuri langkah ibu. Adik berhenti menapak. Adik sedikit terselindung di sebalik sofa. Adik nampak ibu menangis. Ibu menangis tengok abah. Ibu perlahan-lahan melangkah mendapatkan abah lalu abah dan ibu berpelukkan. Ibu terlalu rindukan abah. Tetapi adik nampak abah kurang selesa dengan pelukan ibu. Abah meleraikan pelukan ibu.
“Abang? Ke mana abang pergi? Sudah dua bulan abang tak balik?” Abah yang masih tercegat di muka pintu hanya memandang ke arah ibu.
“Siapa dia abang?”
Adik nampak ada seorang perempuan tiba-tiba muncul di antara abah dan ibu. Ibu hanya berdiri kaku.
“Dia isteri aku!” Abah dan perempuan itu masuk meluru naik ke tingkat atas. Ibu tidak pernah melawan apa yang abah buat. Abah dan perempuan itu melintasi di hadapan adik. Adik pandang ke arah abah. Tetapi abah hanya melihat tanpa menyapa adik. Adik berlari mendapatkan ibu di pintu utama.
“Ibu...Ibu!” Adik lihat air mata ibu. Ibu menutup pintu perlahan-lahan sambil menangis. Ibu memeluk adik.
“Ibu? Abah bawa balik siapa tu?” Ibu memandang ke dalam mata adik.
“Itu kawan abah.”
Adik baru berumur enam tahun. Adik belum faham apa yang adik nampak.
***
Adik terkejut apabila pintu bilik diketuk beberapa kali. “ Dhan...! Assalamualaikum... Dhan?”
Adik bingkas bangun lalu menuju ke arah pintu.
 “Wa’alaikumussalam... Ha.. Man? Engkau ni kalau ya pun janganlah menjerit terkejut aku.” Aiman hanya tersenyum. “ Sorry la Dhan... Aku nak cepat ni. Awek aku dah tunggu tu.”
“Kau nak pergi mana ni Man?” Aiman sempat memandang sambil mengenyitkan matanya. “Dating lah Dhan!” Adik hanya menggelingkan kepalanya sambil tersenyum. Adik melabuhkan semula badannya ke katil sambil meletakkan kedua-dua lengannya di atas dahi. Adik memejamkan mata. Hatinya kembali sepi. Dia tiada tempat untuk di tuju dan mengadu. Namun tiba-tiba wajah perempuan berhijab muncul di lamunannya. Bibirnya tiba-tiba terukir senyuman.
***
“Ibu!Ibu!” Adik meraung dan menangis sekuat hati. “Abah... Jangan pukul ibu... Jangan pukul ibu... Adik merayu jangan pukul ibu.”
Badan adik yang kecil itu di tolak ke lantai. Rambut ibu ditarik. Tangan abah hinggap ke pipi ibu beberapa kali. Ibu menangis kesakitan.
“Abang... Tolong lepaskan Lia... Sakit bang... Tolong jangan pukul Lia”. Abah tidak mahu melepaskan ibu. Adik nampak kepala ibu dihentak ke lantai. Kemudian abah tarik rambut ibu. Abah pukul ibu bertubi-tubi. Mata ibu bengkak. Pipi ibu lebam kebiruan. Bibir ibu ada darah. Adik takut. Adik bangun lagi. Adik cuba menahan abah dari terus membelasah ibu. Tetapi abah pukul adik. Abah tolak adik sehingga kepala adik terhantuk ke lantai. Adik mendongak ke atas.
“Mak Cik... Tolong ibu... Tolong selamatkan ibu adik”. Adik di tolak lagi. Perampas itu tak mahu tolong ibu. Dia hanya membalas rayuan adik dengan satu senyuman sinis. Adik takkan pernah melupakan senyuman itu. Abah terus membelasah ibu. Tidak ada lagi sifat kemanusiaan dalam diri abah. Ibu semakin longlai. Abah membuka tali pinggangnya dan terus memukul ibu sepuas hati. Ibu tidak lagi mampu melawan. Kudratnya sudah hilang. Akhirnya ibu jatuh pengsan. Abah dan perempuan tak tahu malu itu berlalu pergi meninggalkan adik dan ibu sendirian.
“Ibu... Ibu...” Adik menangis teresak-esak sambil memangku kepala ibu. Badan ibu digoncang perlahan. Tangan kecil adik mengusap rambut ibu. Ibu tidak sedarkan diri. Adik berlari menuju ke dapur. Adik membawa semangkuk air dan sehelai kain bersamanya. Adik mengusap muka ibu dengan kain basah perlahan-lahan. Ibu akhirnya sedar dari pengsan.
“Adik... Mana abah?” Adik mencium dahi ibu.
“Ibu.... Ibu dah sedar. Adik takut ibu.” Ibu cuba bangkitkan tubuhnya perlahan-lahan.
“Mana abah sayang?” Adik menggelingkan kepalanya. “ Adik tak tahu ibu. Abah dah pergi dengan perempuan tu.”
Ibu melihat muka adik. “Ibu? Kenapa ibu menangis? Abah dah pergi. Adik janji abah takkan berani pukul ibu lagi. Adik akan jaga ibu.” Ibu memeluk adik.
Adik meleraikan pelukan ibu. “ Ibu? Kenapa abah pukul ibu? Kenapa abah tak pernah sayangkan ibu dan adik?” Pertanyaan adik yang bertubi-tubi membuatkan ibu rasa bersalah.
“ Tak sayang. Jangan cakap macam tu. Ibu sayang adik.” Adik memandang ke dalam mata ibu. Adik tahu ibu sedang memendam sesuatu. Walaupun ibu tak cakap tetapi adik tahu.
“Adik benci abah! Adik benci abah!” Adik meninggikan suaranya tiba-tiba.
“Adik...” Ibu teruk memeluk adik.
***
“Ibu!” Adik terjaga dari tidurnya. “ Subhanallah ”. Adik melihat jam di atas meja. Sudah magrib. Adik terus bangun membersihkan dirinya dan menunaikan solat magrib. Adik masih membatukan diri di atas sejadah. Tanpa dia sedari air matanya mengalir. “Adik rindukan ibu.”  Bisik adik. Adik menekup mukanya dan menangis teresak-esak. Tangisan adik memecah kesunyian malam yang masih panjang.
***
Adik telah selesai menjawab ujian. Adik meninggalkan bilik kuliah kemudian berjalan menuju ke ruang dining. Adik duduk sendirian. “Mana Aiman ni. Kata pukul 12 tengah hari. Tak nampak pun lagi. Em.. Janji melayu.” Rengus adik sendirian. Tiba-tiba Aiman muncul dengan senyumannya mekar hingga ke telinga. “Dhan! Sorry aku pergi office tadi.” Adik membalas senyuman Aiman. “Kau ni memanjang pergi office.” Aiman ketawa besar. Geli hati dengan kata-kata adik. Adik mengerutkan dahi. Dia berasa pelik dengan gelagak Aiman. “Gila agaknya Aiman ni. Aku salah cakap ke? Ketawa pulak dia.” Adik berbisik sendiri. “Eh Dhan? Jom beli makan.” Adik hanya akur dengan kata-kata Aiman.
Adik gemar bersendirian. Petang itu adik merancang ke Semenyih untuk mendaki Bukit Broga. Bukan pertama kali dia ke sana. Adik kerap ke sana seorang diri untuk mencari ketenangan. Adik sudah mempersiapkan diri. Mendaki bukit memang hobi adik. Sudah lebih sepuluh kali adik menawan Bukit Broga. Pengunjung yang hadir tidak seramai hari minggu. Hanya terdapat beberapa orang.  Adik melangkah dan terus mendaki sehingga ke puncak Broga. Sampai ke puncak adik menarik nafas lega. Adik menapak di atas sebuah batu. Dia duduk termenung melihat keindahan alam. Matanya teruja melihat keindahan ciptaan Allah.
Angin tidak berhenti mencium lembut pipi adik. Adik merelakan saja sambil memejamkan matanya. Dia merasa amat tenang sekali.
“Ibu...Ibu...” Jerit adik sambil menangis.
 Abah menarik kasar lengan ibu. Ibu mengaduh kesakitan.
 “Abah... Jangan pukul ibu... Jangan pukul ibu lagi abah.” Abah menolak tubuh kecil adik. Adik tidak mampu melawan. Abah mencengkam pipi adik.
 “Hey! Jangan panggil aku abah! Faham?” Adik menangis.
Tubuh kecilnya sekali lagi di tolak kuat.  Abah mengheret ibu memanjat anak tangga menuju ke bilik. Abah mengurung ibu di dalam bilik. Adik hanya berdiri kaku. Adik nampak abah sedang bercakap dengan seorang lelaki yang adik tak kenali. Lelaki itu menghulurkan duit kepada abah. Abah memandang ke arah adik. Adik takut. Pandangan mata abah menikam sehingga adik menjatuhkan pandangannya ke lantai. Lelaki tidak dikenali itu melintasi adik menuju ke bilik atas. Adik hanya memerhatikan lelaki itu. Adik nampak lelaki itu masuk ke dalam bilik ibu dikurung. Adik dengar. Adik dengar. Adik dengar suara ibu. Adik dengar suara ibu menjerit.
“Jangan sentuh aku! Jangan sentuh aku! Tolong... Tolong lepaskan aku”
Adik berlari menuju ke atas tanpa memperdulikan abah. Adik mengetuk pintu sekuat hati. Adik buntu. “Ibu!ibu!” Adik menangis teresak-esak. Adik melihat ibu di sebalik lubang dinding.
Di dalam bilik lelaki itu cuba memperkosa ibu. Ibu meronta. Baju ibu disentap kuat sehingga terkoyak menampakkan tubuh ibu. Kain ibu disinsingkan ke atas. Mulut ibu ditutup kemas. Tubuh ibu di hempas kuat ke atas katil. Lelaki itu menghempaskan tubuhnya ke atas ibu. Tubuh ibu diratah mentah-mentah. Adik menggelingkan kepalanya. “Ibu!Ibu! Lepaskan ibu adik!”
Adik berlari mendapatkan abah yang sedang duduk di atas kerusi di laman rumah. Adik mengoncangkan batang tubuh abah. Abah hanya memandang ke arah adik sambil menghembuskan asap rokoknya ke muka adik. “Abah... Tolong ibu... Tolong ibu... Lelaki tu pukul ibu.” Rayu adik bersungguh-sungguh. Air matanya mencurah-curah tidak henti.  Jeritan ibu tidak lagi sanggup telinga adik mendengarnya. Abah hanya membalas dengan senyuman sinis. Adik mengambil sebatang kayu di laman rumah lalu memukul ke arah abah. Namun kudrat kecilnya tidal mampu melawan. Abah sempat mengelak. Pipi adik berasa panas. Berbekas tapak tangan abah di pipinya. Abah memijak adik. Dia tendang adik. Tiada siapa pun yang tolong adik. “Aaaaahhhhhh! Abah...! Sakit!” Abah mencucuk puntung rokoknya ke pipi adik. “Jangan berani macam-macam! Aku bunuh kau nanti! Anak haram! Jangan berani kau panggil aku abah! Aku bukan bapak kau!”  Adik lihat dada abah merengus kencang bagai ribut taufan. Adik mungusap-ngusap pipinya.

***
“Assalamualaikum.” Adik lantas membuka matanya dan menoleh ke kanan. “Wa’alaikumussalam.” Jawab adik perlahan. “Awak menangis?” Tanya perempuan berhijab itu. Adik mengelap air matanya. Dia tidak sedar air jernih itu membasahi pipinya.  
“Em.. Kita pernah jumpa kan sebelum ni?” Adik menganggukkan kepalanya. Mana mungkin dia melupakan wajah gadis yang telah pun memikat hatinya. Adik terkejut  dapat berjumpa dengan perempuan pujaan hatinya. Itu pun di puncak Broga. “Ya.” Jawab adik yang mula menampakkan rasa gugup tiba-tiba di dalam bicaranya.
 “Maaf. Saya dah ganggu awak. Saya Ramadhania. Panggil je Nia. Awak?”
“Saya Dhan. Aidil Ramadhan.” Adik tersenyum. “Eh... Nama kita nak samalah. Awak Ramadhan. Saya Ramadhania. Wow! Kebetulan sangatkan.” Adik hanya tersenyum.
“Em awak seorang ke?” Adik menganggukkan kepalanya. “Awak?”. Tanya Adik sambil tersenyum. “Ya. Seorang. Walaupun bahaya tapi ni hobi saya.” Nia ketawa. “Boleh saya join awak?” Adik hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. “Maaf. Boleh saya nak tanya something?” Adik sekali lagi menganggukkan kepalanya. “Kenapa awak menangis? Susah saya nak tengok lelaki menangis.” Adik hanya melepaskan keluhan tanpa menjawab soalan Nia. Dia hanya memandang ke arah langit dan memejam rapat matanya.
***
Adik perlahan-lahan membuka pintu bilik. Adik berlari ke arah ibu yang sedang longlai. “Ibu... Bangun ibu... Ibu...” Teriak adik sekuat hatinya. Adik menutupi tubuh ibunya. Ibu memandang ke dalam mata adik. Adik sebak. Adik tidak sanggup melihat penderitaan ibu. Seluruh tubuh ibu lebam. “Adik? Anak ibu... Ibu sayangkan adik...” Adik terus memeluk ibu. “Ibu.. Adik pun sayangkan ibu...” Tangan ibu terkulai layu. Jantung ibu sudah berhenti berdegup. Adik menggoncangkan tubuh ibu. “Ibu!Ibu! Bangun bu...! Bangun! Jangan tinggalkan adik.. Adik takut... Ibu... !!! Nyawa ibu bukan lagi milik jasad yang terbujur itu. Adik hanya teriak sekuat hati sambil memeluk jasad ibu.
Selepas lima belas tahun adik masih tidak boleh melupakan peristiwa itu walaupun titik hitam dalam hidupnya semakin jauh. Adik sudah dewasa.
***

Kali pertama adik menjejak kakinya di penjara Kajang. Adik mahu berjumpa dengan abah. Seorang lelaki yang kian uzur diiringi dua orang pegawai penjara berjalan menuju ke arah adik. Lelaki itu duduk menghadap adik. “Abah...” Seru adik. “Siapa kau.” Jawab abah. Adik merapatkan dirinya. “Ni adik bah.” Adik bersungguh-sungguh. Matanya mula berair. “Adik?” Abah bangun lalu memeluk adik. “Maafkan abah... Maafkan abah.” Abah menangis. Adik turut serta menangis. Tidak pernah dia merasa pelukan seorang ayah. “Adik tak marahkan abah?” Adik menggelengkan kepalanya.Tidak pernah dia menyimpan rasa dendam di dalam hatinya. Adik masih ingat pesanan ibu. Kata ibu tak baik kalau kita menyimpan rasa dendam sesama manusia. Biarlah orang menganiaya kita. Janganlah kita sesekali menganianyai orang lain. Setiap kesalahan orang pula boleh ditebus dengan memberi mereka peluang yang kedua. Adik tahu abah bukan abah kandung adik. Adik tahu adik cuma anak luar nikah. Adik faham kenapa ibu mahu buang adik. Ibu diperkosa. Adiklah buktinya. Tetapi ibu memberi peluang untuk adik hidup. Ibu mengizinkan adik memanggilnya ibu. Adik rindukan ibu.
Abah meleraikan pelukannya. Abah menatap muka adik dengan penuh rasa berdosa. Parut di muka adik mengingatkan abah tentang dirinya yang tidak berkeperimanusiaan. Abah mengusap muka adik. Abah menangis. Sekali lagi kata maaf tersembur dari mulut abah.
***
Hari sudah semakin menghampiri senja. “Awak menangis?” Nia tersentap lalu mengelap air jernih di pipinya. “Maaf. Em awak mesti sangat rindukan ibu awak kan?” Adik hanya menganggukkan kepalanya. “Jom kita balik. Dah nak malam ni.” Mereka menuruni Bukit Broga bersama-sama dan berpisah di kaki bukit. “Hati-hati drive.” Nia tersenyum. “Awak hati-hati tunggang motor.” Adik membalas dengan senyuman.
“Dhan? Ke mana kau semalam? Puas aku cari kau?” Adik hanya tersenyum. “Aku? Ke tempat biasalah.” Balas adik. “Ai kau ni Dhan. Kalau ya pun ajaklah aku sekali. Pergi sorang-sorang.” Adik menahan sahaja telinganya dengan bebelan Aiman.
***
Adik telah menamatkan pengajiannya. Selepas majlis konvokesyen. Adik tidak menapak lama di dewan itu. Adik sendirian. Abahnya dipenjara seumur hidup. Tiada siapa yang menyaksikan kejayaannya. Adik bergegas menuju mendapatkan ibu. Adik membawa kejayaannya bersama menemui ibu. Selepas berdoa, adik mengusap pusara ibu.
Hari ini adik sudah berjaya mencapai cita-citanya menjadi seorang peguam. Memang cita-cita adik sejak kecil ingin menjadi seorang peguam. Semasa masih kecil adik pernah berjanji dengan ibu. Adik nak jadi seorang peguam. Adik nak hukum orang jahat. Air mata adik menitis. Adik membiarkan saja.
***
“Nia?” Nia bergegas ke ruang tamu sambil mendukung anak kecil. “Ya bang...” Sahut Nia lembut. “Sayang? Malam ni kawan abang, Aiman dan isterinya nak datang makan malam di rumah kita. Nia masak sedap-sedap ya?” Nia akur. “Baiklah bang.”
“Assalamualaikum”. Adik bangun membuka pintu setelah diketuk beberapa kali. “Wa’alaikumussalam. Man... Jemput masuk.” Aiman dan isterinya melangkah masuk. Tangan kedua-dua mempelai itu masih berinai merah. “Man? Jemput duduk.” Aiman tersenyum sambil matanya melilau. “Eh mana anak kau? Tak sabar aku nak jumpa.” Adik hanya tersenyum. “Anak aku ada dengan isteri aku. Kau pun cepat-cepatlah. Jangan tunggu lama-lama.” Aiman ketawa. Isterinya pula kelihatan malu-malu kucing mendengar usikan adik. Mereka kemudian menikmati makan malam bersama.
***
Adik tidak lagi merasa sunyi. Kehadiran Nia dan cahaya mata sulungnya Dhia Raisa menjadi pelengkap hidupnya. Dalam keindahan dan kebahagian yang dikecapinya, adik masih merindui ibu. “Terima Kasih ibu.”


~TAMAT~
Zara Saae
Puncak Perdana

Tuesday 27 November 2012

Sebuah Sayang Untuk Seorang ACU


ACU
Pertama kali aku hanya melihat sebatang tubuh manusia biasa
Bertentang pun tidak lama
Ayunannya perlahan
Lirik matanya tenang

ACU
Aku tidak merasa sebuah kebetulan
Aku dan Kamu suatu yang telah dirancang

ACU
Bahasa ku mungkin tidak seindah bahasa Mu
Mata aku pancarkan rasa
Hati aku terbitkan Sayang

Selamat Hari Lahir ACU


Monday 26 November 2012

Cinta Anugerah & Fitrah

Bismillahirrahmanirrahim :)

Cinta? Perkataan cinta tak pernah lekang dari bibir manusia yang punya hati. Cinta tu terlalu luas pengertian dan pengamatannya. Setiap manusia ada cara yang tersendiri untuk melempiaskan rasa cinta kepada orang yang kita sayang. Nampak macam mudah tetapi bila soal cinta menghasut hati kita kemungkinan dalam dilema :)

Setiap orang berhak menyatakan hasrat hati kepada sesiapa saja :) Tak berdosa pun. Asalkan niat tu betul. Hati kena jujur. Ajaibnya cinta ni kita manusia tak sedar pun bila masa kita jatuh cinta dan bila masa hati tiba-tiba ada cinta :) Bila dalam hati dah ada taman... wahhh bahagianya. Dengan cinta manusia belum cukup. Cinta manusia janji bahagianya tak ada jaminan. Tetapi cinta Allah jaminan bahagia selamanya :) Kekal abadi :) Subhanallah. 

Saya tidaklah menolak cinta manusia. Sebab cinta di dalam hati adalah anugerah yang paling indah. Tujuannya untuk memenuhi fitrah manusia :) Tanpa cinta manusia tak akan aman. Hidup manusia mesti porak peranda :) Kucar kacir :) Sebabnya dari cinta lahirnya sifat kemanusiaan di dalam diri manusia. Nampak tak? Betapa besarnya fungsi dan manfaat cinta kepada manusia :) Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang kita ketahui :)

Cinta manusia? Hargai cinta manusia yang mencintai kita :) Bersyukurlah dengan cinta dia yang Allah anugerahkan ke dalam hatinya untuk kita :) Saya terima cintanya kerana cintanya itu adalah pemberian dari Allah dari dirinya untuk saya :) Saya terima cintanya kerana Allah adalah pemilik cinta dari hati dia :) Makanya saya menerima cintanya kerana cinta Allah :)

Wahai pemilik hati :) Allah yang mencipta seluruh alam :) Yang membenihkan buah kasih dan cinta :) Saya tak mahu kerana cinta hati menjadi gelap gelita :) 

Wahai pencinta yang mencintai hati ni :) Sungguh saya menerima cinta kerana Allah S.W.T :) Cinta manusia sesama manusia adalah cinta Allah kepada hambaNya :)

Peliharalah hati daripada cinta yang menyesatkan :) 
Jangan menangis kerana kehilangan :) 
Allah menjanjikan yang terbaik untuk kita :)
Yang terbaik mungkin saya dan mungkin awak :)
Jangan bina harapan yang mengunung kepada manusia
Letaklah harapan kepada yang Maha Pemilik Cinta :)

Cinta Itu Milik Allah :)
Biar Allah Saja Yang Menentukan :)
Doa Doa Doa Doa Doa

Berdoalah Dengan Sabar
In Syaa Allah :)


Cinta Dalam Doa

Ya Rabb Ya Rahman Ya Rahim

KasihMu tiada batas waktu
RinduMu tiada penghujung
CintaMu abadi selamanya

Dalam sujud hati meminta
 Hanya sedikit belas. Hanya sedikit kasih. Hanya sedikit cinta
Air jernih mendatangi hati yang sedang hiba
Mengejar cinta hakiki atau cinta bertalam dusta?

Ya Rahman
Tunjukkan di mana benarnya hati
Tunjukkan di mana cinta hakiki

Puncak Perdana
26/11/2012
1.14 am


Saturday 24 November 2012

Jom Bersajak Dengan Saya :D

SANGKAR MERAH

Telahku berenang menyeberangi fikirmu
Terlerai seribu simpul masa lalu

Memori Disember kembali mendakapku
Disember ……….

                                                Pabila nyanyian unggas berganti jeritan rentetan
                                    Pabila laut menyemburkan buih merah
                                                Pabila tanah bermandi darah

Debaran yang maha kencang
Merangkak memeluk dada
Jeritan kecil kian merasuk jiwa

Sekelipan mata pintu keamanan dirobohkan
Sekelipan mata nyawa di hujung senjata
Sekelipan mata api jiwa terus menyala
Sekelipan mata nadi musuh dipatahkan
Sekelipan mata ku terbang ke hari muka

                                                Takkan ku pulang ke sangkar merah

Zara Saae
Puncak Perdana
24/11/2012
7.15 am

Thursday 22 November 2012

JanGan!

JanGan!
JanGann!
JanGannnnnnnnn!
Jangan Kau Berani!

JanGan!
JanGann!!
JanGannnnnnnnn!
Jangan Kau Dekati

Cukup! Jangan Aku Tangisi

Jangan!

Bandar Baru Bangi
12.30 am
22/11/2012

Tuesday 20 November 2012

SabarLah

Sabarlah...Sabarlah...Sabarlah
Sabarlah Wahai Hati
Tidak Lama
Hanya Sedetik
Kalau Lebih Hanya Sedikit

SabarLah
Jangan Berhenti
Teruskan

SabarLah
SabarLah Wahai Diri
Dia Memberi
TerimaLah...TerimaLah

SabarLah
SabarLah Wahai Jiwa Raga
Jangan Kusut
Jangan Takut
Jangan Kaku
Jangan Lemas
Jangan Marah
Jangan Menangis

SabarLah... Hanya Sedetik... Kalau Lebih Hanya Sedikit

Bandar Baru Bangi
12.23am
20/11/2012

Monday 19 November 2012

MimBar ILahi

Dari Bawah Aku Mendongak
Kepada Yang Atas Aku Meminta
Luas Ilmunya Tiada Aku Terkira
Dia Tahu
Aku Tidak Diberitahu

Tiada Mengalah Aku Menapak
Tidak Putus Hati Meronta
Sabar Aku Jadikan Pedang
Tangis Aku Jadikan Senjata

Jangan Jauh Dengan Dia
Ketenangan Akan Menjengah Tiba
Tiada Sedar Tetapi Hati Merasa
Itulah Dia

Allah Hu Akhbar

Bandar Baru Bangi
1.54 am
19/11/2012

Saturday 17 November 2012

Ish! Apa main sihir-sihir nie ?

Assalamualaikum :)

Jom Senyum dulu...!!!!! Sebab senyum tu penawar duka :)

Btw teman-teman yang di rahmati Allah sekalian :) Entry kali nie saya nak angkat isu yang berat sikit. Nampak macam bodoh tapi ramai sangat orang Islam kita terjebak dengan benda yang mengarut nie. Pada mereka yang tak percaya cam mengarutlah kan tapi jadi something yang ajaib pada mereka yang percaya. Haa.... Apakah itu..??? Jom kita terjahhhhhhhhhhhhhh...! :)

Ok korang actually saya nak cakap fasal ilmu hitam. Orang yang main ilmu hitam ni orang yang belajar agama tak habis. Dah terang pangpang dalam al-quran cakap sihir menyihir nie dosa besar :) Syirik :) Haish!!! Golongan yang menyekutukan Allah ni tak fikir dulu ke sebelum bertindak??? Sila Jawab :)

Untuk pengetahuan korang semua ilmu sihir nie seperti di dalam firman Allah S.W.T dah wujud sejak zaman Nabi Musa a.s lagi.. Ha lama kan...? :) Sihir ni maksudnya ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin yang bertujuan untuk memudaratkan atau mengelirukan manusia :) Ai tolonglah jangan buat jahat kat orang :)

Perbuatan mensyirikkan Allah ni haram. Tahu tak kenapa? Pertama, boleh membatalkan iman & merosakkan akidah kita. Kemudian memang tak boleh di nafikan lagi golongan macam tu menolak kekuasaan Allah dengan menolak daripada meminta pertolongan dengan Allah sebab dah dapat bantuan daripada Syaitan kan.. Malah boleh memecah-belahkan masyarakat & juga menimbulkan fitnah. Tak fasal-fasal dah mencemarkan kesucian agama Islam. Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga :)

Sihir ni pulak ada macam-macam sebenarnya and ada bermacam-macam alasan kenapa orang menggunakan sihir ni. Contoh ada yang sihirkan orang sebab nak memiliki seseorang tu kan. Saya pun ada pengalaman terkena magik ni. Subhanallah :) Actually satu pengalaman yang sangat menarik dan mencabar kekuatan hati. Tetapi alhamdulillah sekarang sihat sejahtera :)

Teman-teman yang di kasihi Allah sekalian.  Kalau kita suka kat some one tak payah la main sihir-sihir nie.. puh sana puh sini... happuiiiiiii...! tak gentleman la kan. Kalau berani cakap face 2 face. Kalau nak dapat berkat Ya Rahman after solat doa lah...  Allah lebih mengetahui apa yang kita ketahui. Allah adalah tempat yang paling tepat untuk kita meminta. Yang duk p mintak dengan jin syaitan yang tak p sekolah pasai pa? :) Tu lah silap kita. Tahu tak orang yang terkena ilmu hitam terseksa jiwa raga. Tak rasa bersalah ka buat orang rasa lagu tu? :) Macam mana kalau family kita or kita sendiri yang terkena? Ha baru ternganga. Haru biri-biri hidup... Buat apa pun tak jadi :) Hidup ni karma. Kalau kita buat orang... Nanti orang buat kita balik :) Mau ka? Kalau tak mau duduk diam-diam :)

Kepada sesiapa yang dah pasang niat, sedang memasang niat or baru terfikir sat lagi nak pasang niat untuk menyihirkan orang tak pe. Teruskanlah usaha anda. Tapi ingat! Jeng...Jeng..Jeng... Azab Allah S.W.T Subhanallah. Kita yang belum rasa pun dah cakap sakit. Yang tengah duk rasa tuh??? Macam mana pulak kannn :) So sendiri mau ingat :)

Wasalam :)

Thursday 15 November 2012

My 1st SELOKA :) Orang Kita


SELOKA: ORANG KITA

Aduhai apa nak jadi
Berganti baju berganti rupa
Yang tak elok dibawa
Adat sendiri dilupa
Yang labuh di angkat
Yang tutup dibuka
Dari hulu keluar bersua
Dari hilir tak putus mengata
Baik sangatkah orang kita
Hidup talam dua muka
Budi dibuang belang menjelma
Manis di bibir hati mencuka
Aduhai apa nak jadi dengan orang kita
Tepuk dada
Tanyalah selera.

Azam Tahun Baru Saya

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah Allah masih lagi bagi peluang dekat kita semua untuk merasa tahun baru. Saya pun rasa sangat-sangat bersyukur sebab ni yang ke 23 kalinya dapat menyambut tahun baru :) So tahun baru kali nie saya berazam untuk menjadi seorang perempuan, seorang anak, seorang sahabat, seorang pelajar, seorang isteri dan seorang ibu yang solehah dan patuh dengan segala tuntutan Allah. InsyaAllah :) Doakan saya :)

Kita ni pun bukan sempurna kan :) So manfaatkan lah masa yang ada untuk berhijrah mencari kesempurnaan :) Janganlah terlalu drastik dalam membuat sesuatu biarlah perlahan-lahan supaya kita dapat merasai dengan ikhlas setiap saat perubahan yang kita buat. Mencari kesempurnaan tak mudah :) Kita kenalah banyak bersabar selepas bersabar dan sabar lagi till the end :)

Jom sama-sama mencari kesempurnaan di dalam kehidupan. Kesempurnaan Iman :) Mudah-mudahan Allah merahmati dan memberi segala keberkatan dan kasih sayangNya dekat kita semua :) Aminnnn...

Salam Maal Hijrah 1434 :)

Puncak Perdana
1 Muharam /15.11.2012
7.40 am




Wednesday 14 November 2012

Cinta tu Apa ???

Cinta?

Cinta adakalanya indah
Adakalanya menggoncangkan hati
Adakalanya membahagiakan
Adakalanya memeritkan
Tetapi kenapa manusia tetap mencari cinta?
Adakah manusia ni makhluk yang degil or tak faham bahasa? :)

 Ha.. ni nak gtaw. Cinta tu fitrah yang memang wujud dalam diri manusia. Melalui pembacaan saya cinta secara tabi'i adalah keperluan hidup setiap insan. Korg pun mesti pernah rasa cinta kan..??? Saya pun pernah hehe :) And cinta tu suci malah membahagiakan. Korg pun mesti pernah bercinta, merasa cinta n bahagiakan..???? Saya yakin semua orang pernah. Saya pun pernah jugakkkk :) Tapi korg jangan salah langkah. Memang cinta membahagiakan tapi tanya hati kenapa kita semua perlukan cinta? Cinta bukannya something untuk melayani nafsu kita. Kita kenalah letak cinta tu di tempat yang betul. Tepat di dalam hati kita :) Allah bagi kita rasa cinta so manfaatkan cinta tu kepada empunya cinta tu dulu iaitu Allah. Kalau kita mencintai Allah insyaAllah Allah akan mentadbir hati kita ke jalannya. So tak da lah kita nak bercinta sesuka hati kan :) Jagalah cinta dengan Allah dan Allah akan jaga cinta kita sesama manusia.

Nak share sikit dengan korg :) Dalam buku Istikharah cinta ni ada tulis menurut ulama Ibnu Hasyim dari Andalusia, 

"Cinta tu bagaikan pohon, akarnya menghujam ke tanah, dan pucuknya banyak berbuah"

Maksudnya Allah nak hambanya hidup dalam cinta yang sempurna. Semua orang nak cinta yang sempurna kan? Tapi biasalah dalam hubungan mesti ada masalah, cabaran. Kita kenalah kuat. Hati kena kental :) Dalam cinta penting sangat pengorbanan. Its ok kalau si dia tak nampak pengorbanan kita. Its ok if si dia menghina usaha kita tetapi Allah tak. Allah akan bagi ganjaran yang setimpal dengan usaha kita. Jangan takut kehilangan tapi berani lah berjuang. Usaha doa dan tawakkal :) insyaAllah.  

Ingattttttttt... Bukan kita je yang bersedih sebab cinta. Tapi ramai lagi yang bersedih sebab cinta sampai ada yang sanggup bunuh diri. Subhanallah. Jangan.. jangan.... jangan kau ulangi lagi hehe. Tolong la jangan buat kerja gila tuh. Kita ada tuhan. Kalau ada masalah cakap ngn tuhan jangan bunuh diri. Dosa besaqqqqqq!

Saya tahu ramai yang sedang kecewa and ada yang dah give up dengan cinta. Janganlah give up. Pertahankan. Usahakan. Cinta ni boleh membolak balikkan hati manusia. So kita kena kuat.

Allah tu Maha Pengasih. Maha luas ilmuNya. Dia tahu kita boleh sambut ujian yang dia bagi dengan sebaiknya. Sebab tulah kita terpilih. Betul tak? :) 

 Sayangilah Hati . Jagalah kesejahteraan dan keamanan hati kita. Kita semua mampu melakukannya :)

Mudah-mudahan insyaAllah :)


Puncak Perdana
12.40 am
14/11/2012

Tuesday 13 November 2012

Chot Chet Chot Chet

Assalamualaikum.


Lebih manis kalau kita mulakan entry kali nie dengan senyuman. So jom senyummmmmmmm.....! :)
Ok dah senyum! Jom kita chot chet chot chet lark. Sebelum tu nak tanya siapa yang tak pernah ada masalah? Siapa yang cakap tak ada mesti tipu kan?? Tak baikkkk ooooo.... :) So sesiapa yang sedang ada masalah sekarang ni tak kisah la masalah mental ke masalah hati ke masalah jiwa ke kita kena taw bukan kita je ada masalah. Orang lain pun ada masalah. Makanya janganlah kita give up dengan masalah tu. Percaya setiap masalah ada penyelesaianya. Allah ada untuk hambanya. Kita je sombong kannnn :) Dengan ujian yang Allah bagi kat kita barulah kita tahu kekuatan hati kita yang sebenar betul tak? Siapa yang tak setuju dengan saya silalah tingalkan komen anda dan gtaw saya KENAPA anda tak setuju ok :)

Pesanan daripada penaja ni... Yang tak ada masalah jangan cari masalah. Yang sedang diuji dengan macam-macam masalah pulak jangan risau. Allah sayangkan anda semua. Allah tahu kekuatan kita sebab tu Allah uji kita. Jadikan sabar sebagai pendinding hati dan diri. Mungkin agak susah tapi kita cuba and InsyaAllah kita semua bolah! yeaahhhhhh!!!! Boleh! Ha! Dah setel masalah jangan lupa panjatkan syukur pada yang Esa. Alhamdulillah :)


Puncak Perdana
8.25 Pm
13/11/2012

Sunday 11 November 2012

Di pangkalnya masih ada cahaya

Di pangkalnya masih ada cahaya.

Aku tidak mengerti apa-apa selain keizinanNya. Alhamdulillah dengan kasihNya aku hidup. Dengan Cintanya aku mengenali siapa permata hati. Sekarang aku dah dewasa. Indahnya jadi dewasa. Alhamdulillah. Tetapi banyak betul misteri jadi seorang dewasa ni. Sesuatu yang masih lagi menjadi misteri di dalam hidup adalah cinta. Terlalu banyak liku-liku yang aku redah sehinggalah sekarang soal cinta masih lagi tergantung. Aku belum menemui dan belum jelas di mana penghujungnya. Mungkin itulah yang tertulis untuk aku olehNya yang maha luas ilmunya. Tapi tidak mengapa. Aku hanya hamba yang jahil tentang ilmuNya. Aku turutkan saja dengan usaha dan doa. 

Suatu ketika, aku masih lagi muda. Masih lagi mentah. Masih lagi belasan tahun. Aku yang mencari masalah untuk menyelesaikan masalah orang lain. Bermula apabila aku meminta dia menjadi pendamping. Itu pun sementara. Aku tidak meminta cinta darinya tetapi sekadar menutup dusta yang aku cipta. Malangnya hati yang merana terpaksa menanggung kesilapan akal. Aku mengenalinya tanpa sengaja tetapi itulah rancangan Maha Kuasa. Selama empat tahun aku mengenalinya hanya sayang yang aku mampu hadiahkan. Mungkin aku terlalu jujur. Aku tidak merasakan mengenali dia satu kesilapan besar tetapi aku merasakan mengenali dia adalah sesuatu yang baru dalam hidup aku. First time couple katakan. Mengenali dia adalah kali pertama aku mengenali seorang lelaki. Sebelum ni aku hanya melihat seorang lelaki. Tetapi tidak pernah untuk mendampingi atau mendekati makhluk unik itu. Aku tidak sedar bagaimana ianya mula tercetus. Hanya Dia yang tahu. Hubungan kami jauh. Selama mengenalinya hanya tiga kali kami bertemu. Kali pertama dia datang tetapi aku tidak mengenalinya. Kali kedua, aku pergi kepadanya. Tu pun jumpa kat tepi jalan. Tak romantik langsungkan. Tak pelah. Lima minit je pun. Kali ketiga kami berjumpa tu pun family ada sekali. Masa tu aku biasa-biasa aje. Mana reti bercinta ni. Then, aku dapat sambung belajar. Si dia jarang contact aku Tapi aku setia je menunggu even ada yang cakap aku bodoh. Entah-entah dia dah ada orang lain. Tapi aku tak peduli. Aku tak kisah kalau dia nak curang tapi prinsip aku, aku takkan menikam hati aku sendiri. Aku masih lagi meneruskan hubungan aku dengan dia. Aku masih mempercayai dia. Sekarang tidak lagi setelah dia membuatkan hidup aku kucar kacir buat pertama kalinya. Wow! Aku tak pernah rasa sesusah itu. Aku memutuskan untuk melupakan hubungan yang tak pernah bermakna pun dalam hidup aku. Menyusahkan hidup adalah. Aku tak pernah menyesal pun. Cuma rasa diperbodohkan. Selepas semuanya aku harungi sendiri, aku biarkan saja masa yang memadam memori tu. Aku focus kat study then aku decide untuk bahagia. Tapi tak semudah tu. Selepas dia aku padam. DIA menulis yang lain untuk aku. Aku tidak faham apa yang Dia inginkan daripada aku sehinggalah aku sendiri memahaminya selepas kenal seorang lelaki yang aku tidak pernah merancang untuk mengenalinya. Namanya selalu menjadi bualan teman-teman. Tiada satu yang baik pun tentang dia. Dan aku tidak pernah menyukainya. Sekadar menghormatinya sebagai manusia sebab aku pun manusia kan. :) Hubungan kami biasa. Bermula dengan dia meminta nombor fon aku dari teman. Ketika itu aku di sebuah bilik yang dipenuhi pelajar seperti aku. Teman memberitahu aku ada orang mintak nombor fon then tunjukkan aku si dia. Aku menoleh ke arahnya tetapi kurang jelas sebab gelap. Dia duduk tak jauh. Kat belakang aku je. Aku senyum je lah. Kurang selesa dengan caranya yang agak berani bersuara then mintak nombor fon aku. Tapi tak pelah aku bagi pun sebab dia member kawan aku so aku tak fikir pape. Aku menolak pelawaannya. Tak nak lah. Aku tak suka dia. Mana mungkin aku terima dia. Tu kata aku . Sekali lagi bala menimpa. Ya Allah aku bukan lagi aku. Orang kata aku dah lupa diri. Keakrapan aku dan dia mula berbunga seperti orang bercinta. Aku tak sedar bila ianya berputik. Terlalu sekejap. Sekelip mata. Kalau aku benar-benar mahukan dia. Aku tidak akan menolak kali pertama dia meminta. Aneh. Hati aku berbalik terbalik tergolek uhhh! Tak couple tapi macam orang bercinta. Magik kan. Tapi memamg aku dah terkena magik pun. Lelaki magik ni lelaki yang membawa aku ke zaman kegelapan. Wah! Dialah zaman gelap aku kan. Bukan kekasih gelap. Kurang dari dua tahun aku mengenali dia tetapi dia buat aku rasa tak nak kenal mana-mana lelaki seumur hidup. Hebat tak dia? Hebatkan. Sebab dia aku berubah. Sebab dia aku lupa prinsip hidup yang aku pertahankan. Sebab dia aku lupa kawan. Sebab dia aku lupa keluarga dan sebab dia aku lupa diri . Memang aku bodoh sebab terlalu obses sehinggakan aku lupa segala-galanya Magik kan dia. Even dah macam2 dia buat tapi aku maafkan dia. Terima kasih dan syukur alhamdulillah sebab aku percaya ada hikmah. Aku teruskan hidup walaupun langit cerah tapi mata aku tidak mampu melihat cahaya. Aku masih tercari-cari di mana cahaya. Di hujung cerita cinta aku dan dia gelap gelita. Hati aku seperti hilang deria sehinggalah aku berbisik menyedapkan hati. Suatu hari akan ada lelaki yang baik untuk aku. Ya memang ada cuma aku tak sedar. Allah yang Maha Pengasih. Aku hampir menolak dirinya sebab takut. Aku takut terluka. Bukan pengecut. Cuma terlalu cepat sampai aku jadi keliru dengan apa yang sedang aku rasa. Hujungnya kurasakan akan gelap selamanya sehingga tiada lagi peluang untuk kaum Adam. Walaupun hujungnya aku tinggalkan gelap tetapi aku percaya di pangkalnya masih punya cahaya. Cahaya yang aku maksudkan adalah rahsia. Masih lagi rahsia. Aku tidak mengenali dia. Bercakap dengan dia pun tak pernah. Sudah hampir empat tahun aku masih menanti kehadiran dia tanpa henti usaha. Aku tahu itu kerja gila tapi itulah kehebatan cinta. Sama saja seperti kali pertamanya aku memahami cinta.  Sekarang pun aku sedang memahami. Sekarang pun aku masih menanti. Sekarang pun aku masih setia. Semuanya sebab aku tak nak rasa kehilangan lagi. Allah Maha Mengetahui segala apa yang aku tidak ketahui. Rahsianya masih menjadi rahsia di hati aku. Masih lagi tergantung. Hanya sabar yang aku jadikan senjata hati untuk melindungi kegelisahan yang menimpa. Ini baru permulaan. Cerita qalamNya masih lagi rahsia.

Bukan Apa Yang Aku Lalui Di Bualkan Tetapi
Aku Bicarakan Apa Yang Di Temui.

Monday 29 October 2012

Menghargai Kehilangan

MUNGKIN
Suatu masa... Kita pernah merasai kehilangan... 
Kehilangan yang melekat sehingga menggoncangkan hati. 

MUNGKIN
Kita tak sedar kehilangan membawa satu perasaan ... Satu perasaan hati
'Aku Tak Mahu Kehilangan Untuk Kedua Kalinya'

MUNGKIN
Kita tak perasan hati ini semakin kejauhan... Kekosongan... Kesunyian... Akhirnya merasa kehilangan. Kamu tak mengerti apa itu kehilangan.

MUNGKIN
Apabila nama Kamu terpadam sendiri... Kamu akan mengerti akan kehilangan
 Kamu akan lebih menghargai kehilangan diri aku sebagai teman hati kamu

DAN MUNGKIN
Aku Tiada Lagi Di Sisi
Maaf


~ Ku Akui ~

Friday 26 October 2012

Monday 22 October 2012

DilaYanaTyaZura ( DYTZ )

DYTZ..... Mereka teman suatu ketika dahulu... Kini dan selamanya...

Buat sayang2 ku Dila Yana and Tya... thanz coz pernah jadi mber yang sporting, baik, caring n u all memang the best! Tak pernah lupa korang... Cuma masa memisahkan kita . Tapi jauh di mata  dekat di hati kannnn..???? Sayang korang Giler-gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr :)

Memori Terindah Bersama Sayang2 ku




Bila tgk gambar dulu2 bersama mereka serius rindu sangat...


rindu DILA... Cepat2 kawen yea sayang hehe


TYA... Zra doakan kamu bahagia n jadi isteri yang solehah k sayang :)


4EVER LOVE



sayang2 ku.. ingat tak time nie? :)


:)


YANA... Rindu giler nk dengar kamu nyanyi!



:)




H1N1 hehe



~    NEVER END    ~