Monday 25 February 2013

La Tahzan


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Entry kali ni saya nak berkongsi rasa dan pengajaran daripada ujian saya. Saya belajar sesuatu dan ujian itu menguji tahap kekuatan kita termasuklah kekuatan mental emosi dan iman kita ;)
Dan setiap ujian or masalah yang saya lalui sepanjang hidup, inilah alternatif yang saya ambil. Walaupun kadang-kadang kita terpaksa melawan dengan diri kita sendiri. Walaupun adakalanya kita gagal mengawal keadaan tu.


Setiap manusia tak lari daripada berdepan dengan ujian ALLAH. So kita kenalah sentiasa memohon pertolongan daripadaNYA. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan selain daripada pertolongan daripada ALLAH. Walaupun kita kehilangan orang yang kita cintai or kasihi kita tak berhak menyalahkan setiap ketentuan ALLAH. Tetapi belajar menerima dan redha. Kita berdoa biar setiap sesuatu ujian itu mendatangkan kebaikan kepada diri kita :)

Stop looking for a partner. Focus on yourself and rebuilding your life. 
Eventually the right person will fine you.

Sesungguhnya ALLAH adalah sebaik-baik perancang. Apabila dia menarik sesuatu daripada kita bermakna DIA akan menggantikan kita dengan sesuatu yang lain kepada kita, yang lebih baik untuk kita di dunia dan juga akhirat. Bersangka baik adalah jalan terbaik. Hati kita pun tenang in sya ALLAH ;)

Memang setiap kata-kata itu semudah mengalirkan air tetapi nak aply kat hati tu bukan main susah kan? So kita kenalah kuat, banyak bersabar, banyak berdoa. Jadikan solat dan sabar itu sebagai pelindung hati dan diri kita. Tak apa kalau susah nak buat semua tu. Sekurang-kurangnya kita usaha untuk menjadi lebih baik. 

Bila kita di uji. Benda pertama yang kita kena handle adalah hati kita diri kita dan emosi kita. Coz main character dalam hidup kita adalah diri kita sendiri. Kita yang menentukan ke mana hala tuju kita dengan memohon petunjuk daripada ALLAH. 

Contoh macam putus cinta. Saya pun melaluinya dan setiap orang pun pernah melaluinya. Setiap orang pula ada cara masing-masing kan. Orang kata kalau ada prob apa salahnya share. Ya betul kita boleh share tetapi kadang-kadang  tu kita kena berhati-hati risau nanti boleh timbulkan fitnah. Maklumlah mulut orang mana boleh kita tutup. Hati orang pula mana kita tahu kan. Sebaik-baiknya mengadu dan menangis la dengan ALLAH. Hati kita akan lebih tenang. Kerana kita adalah ciptaanNYA dan ALLAH lebih mengenali dan memahami kita. Jangan pula kita putus cinta sampai tak makan tak minum dan ada pula yang sanggup bunuh diri. Janganlah macam tu. Tak salah nak menangis. 

Cry as hard you want to. But always make sure, when you stop crying, 
you will never cry for the same reason again.

Jangan sia-siakan masa kita dengan benda-benda macam tu. Kita bukan setiap hari muda. Masa pula setiap saat berlari ke hadapan. Kalau kita tak memberi peluang untuk diri merasa bahagia, menghargai family kita sahabat-sahabat kita pasti suatu hari kita akan menyesal. :)

Appreciate what you have right now, 
because you dont always get a second chance. 

Apabila kita didatangi dengan pelbagai masalah mohon ALLAH permudahkan semuanya. Janganlah kita bersedih. ALLAH sentiasa bersama kita. Saya sendiri kadang-kadang terkasar, termenangis. Saya tak nak rasa semua tu. Diam saya seketika kerana saya sedang kecewa dengan keadaan. Mungkin ada yang terkecil hati tetapi saya sedang berusaha melawan supaya tidak hanyut dengan bisikan syaitan.

Kalau kita tak dapat sesuatu yang kita inginkan. Ingatlah yang ALLAH mahukan terbaik untuk kita dan bersyukurlah ALLAH masih memelihara kita. Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
You have nothing to fear,
 for ALLAH is beside you, encouraging you to find a way through the dark

Saya pun menangis. Terlalu banyak yang saya lalui dan alhamdulillah ALLAH tahu di mana tahap kekuatan kita. Walaupun saya bersedih, im trying to be hapy coz saya nak orang di sekeliling saya pun hapy dan tak nak orang tahu pun yang saya sedang menangis.

Sometimes you have to smile and pretend everythings okay. 
Hold back the tears, and just walk away from those who dont care about you.

Dalam hidup ni tak kisah la bagaimana sekali pun ujian yang datang. Sama ada ujian daripada orang yang kita cinta, sahabat-sahabat kita or org di sekeliling kita. Kalau mereka pernah menyakiti kita or buat kita menangis, berdoalah supaya kita tak buat benda yang sama kat mereka ;)

Sometimes love is letting go. And praying for the best


Friday 22 February 2013

Seloka Cerita Semasa

Owhhhh.. Mari mari dengar ini cerita
Seloka cerita semasa
Maaflah kalau ada yang terasa
Bukan niat untuk berkata

Jangan terlalu memuji..Jangan terlalu mengata
Bukan mereka dengki
Tapi orang sekeliling pun kita kena jaga

Amboi
Sesuka hati mengata
Diri sendiri tah ke mana hala
Ingat satu benda
ALLAH tahu semuanya
Ragam manusia bermacam acara
Apalah salahnya kita menerima mereka
Kita pun apa kurangnya
Manusia yang sama

Jangan tengok orang hujung mata
Beri mereka  pinjam hati kita
Biar kita sama-sama rasa
Buang benci semaikan cinta

Subhanallah
Tak ke indah apabila hidup tak bertalam dua muka
Ikhlas dari hati bukan mengata

p/s : Muhasabah diri sendiri ;)

Saturday 16 February 2013

Semoga Hari Kami Kembali Menyinari

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Ku Ingin Kau Berada Di Sisi Ku  Dalam Waktu Sukar Atau Bahagia

Cinta Kau Berikanlah Kekuatan Untuk Meniti Cubaan Dari Mu

Tuesday 12 February 2013

Sebenarnya Aku...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sebenarnya aku...
Berusaha mencari aku... Berusaha menjadi aku

Sebenarnya Aku...
Takut mereka salah tentang ku... Tapi ku biarkan saja rasa itu terbang menjadi debu..
Kerana tahu mereka tak merasai aku

Sebenarnya aku...
Tak mahu rasa ini... Tak mahu rasa itu...
Tapi aku tak bisa melanggar sebuah ketentuan Maha Kuasa

Sebenarnya aku...
Ingin mendampingi sebuah rasa
Rasa bahagia. Rasa tenang. Rasa kasih sayang. Rasa cinta abadi
Makanya Aku memohon dariNYA siang bertemankan nyiru langit biru
dan malam bertemankan bulan dan bintang

Sebenarnya aku...
Pendosa dunia yang mencari sebuah cahaya
Bukan cahaya matahari di siang hari. Bukan cahaya bulan di malam hari.
Tetapi cahaya dari pemilik cinta yang hakiki
La'ilah Ha'illallah

zara saae
12.2.13
bandar baru bangi
8.33 am



Thursday 7 February 2013

CinCin Di Jari Manis

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ;)

Entry kali ni saya mau bicara mengenai CinCin. Cincin milik saya. Beli sendiri coz single lagi kan :) Bab cincin nie orang suka tegur sebab saya selalu pakai cincin kat jari telunjuk and jari hantu. Ada yg tanya kenapa tak pakai cincin kat jari manis. Maaf la yea actually saya tak minat nak pakai cincin kat jari manis. So masa mula2 beli saya kecik kan cincin ikut jari hantu. But lately i dont know y hati nie tiba-tiba terasa nk pakai cincin kat jari manis. So tadi pergi buat kali kedua kat kedai emas PKNS Bangi then kecilkan ikut jari manis. Bila pakai aje kat jari manis tiba-tiba hati rasa nak kawinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn ;) hikhik Tapi calon tarakkkkkkkk lagi. Tak pa lah.. in sya ALLAH ada rezeki mai la 2. Itu semua rahsia ALLAH. Mudahan2 boleh jadi orang yang sabar dengan setiap ketentuan ALLAH aminnn... :)