Sunday 11 November 2012

Di pangkalnya masih ada cahaya

Di pangkalnya masih ada cahaya.

Aku tidak mengerti apa-apa selain keizinanNya. Alhamdulillah dengan kasihNya aku hidup. Dengan Cintanya aku mengenali siapa permata hati. Sekarang aku dah dewasa. Indahnya jadi dewasa. Alhamdulillah. Tetapi banyak betul misteri jadi seorang dewasa ni. Sesuatu yang masih lagi menjadi misteri di dalam hidup adalah cinta. Terlalu banyak liku-liku yang aku redah sehinggalah sekarang soal cinta masih lagi tergantung. Aku belum menemui dan belum jelas di mana penghujungnya. Mungkin itulah yang tertulis untuk aku olehNya yang maha luas ilmunya. Tapi tidak mengapa. Aku hanya hamba yang jahil tentang ilmuNya. Aku turutkan saja dengan usaha dan doa. 

Suatu ketika, aku masih lagi muda. Masih lagi mentah. Masih lagi belasan tahun. Aku yang mencari masalah untuk menyelesaikan masalah orang lain. Bermula apabila aku meminta dia menjadi pendamping. Itu pun sementara. Aku tidak meminta cinta darinya tetapi sekadar menutup dusta yang aku cipta. Malangnya hati yang merana terpaksa menanggung kesilapan akal. Aku mengenalinya tanpa sengaja tetapi itulah rancangan Maha Kuasa. Selama empat tahun aku mengenalinya hanya sayang yang aku mampu hadiahkan. Mungkin aku terlalu jujur. Aku tidak merasakan mengenali dia satu kesilapan besar tetapi aku merasakan mengenali dia adalah sesuatu yang baru dalam hidup aku. First time couple katakan. Mengenali dia adalah kali pertama aku mengenali seorang lelaki. Sebelum ni aku hanya melihat seorang lelaki. Tetapi tidak pernah untuk mendampingi atau mendekati makhluk unik itu. Aku tidak sedar bagaimana ianya mula tercetus. Hanya Dia yang tahu. Hubungan kami jauh. Selama mengenalinya hanya tiga kali kami bertemu. Kali pertama dia datang tetapi aku tidak mengenalinya. Kali kedua, aku pergi kepadanya. Tu pun jumpa kat tepi jalan. Tak romantik langsungkan. Tak pelah. Lima minit je pun. Kali ketiga kami berjumpa tu pun family ada sekali. Masa tu aku biasa-biasa aje. Mana reti bercinta ni. Then, aku dapat sambung belajar. Si dia jarang contact aku Tapi aku setia je menunggu even ada yang cakap aku bodoh. Entah-entah dia dah ada orang lain. Tapi aku tak peduli. Aku tak kisah kalau dia nak curang tapi prinsip aku, aku takkan menikam hati aku sendiri. Aku masih lagi meneruskan hubungan aku dengan dia. Aku masih mempercayai dia. Sekarang tidak lagi setelah dia membuatkan hidup aku kucar kacir buat pertama kalinya. Wow! Aku tak pernah rasa sesusah itu. Aku memutuskan untuk melupakan hubungan yang tak pernah bermakna pun dalam hidup aku. Menyusahkan hidup adalah. Aku tak pernah menyesal pun. Cuma rasa diperbodohkan. Selepas semuanya aku harungi sendiri, aku biarkan saja masa yang memadam memori tu. Aku focus kat study then aku decide untuk bahagia. Tapi tak semudah tu. Selepas dia aku padam. DIA menulis yang lain untuk aku. Aku tidak faham apa yang Dia inginkan daripada aku sehinggalah aku sendiri memahaminya selepas kenal seorang lelaki yang aku tidak pernah merancang untuk mengenalinya. Namanya selalu menjadi bualan teman-teman. Tiada satu yang baik pun tentang dia. Dan aku tidak pernah menyukainya. Sekadar menghormatinya sebagai manusia sebab aku pun manusia kan. :) Hubungan kami biasa. Bermula dengan dia meminta nombor fon aku dari teman. Ketika itu aku di sebuah bilik yang dipenuhi pelajar seperti aku. Teman memberitahu aku ada orang mintak nombor fon then tunjukkan aku si dia. Aku menoleh ke arahnya tetapi kurang jelas sebab gelap. Dia duduk tak jauh. Kat belakang aku je. Aku senyum je lah. Kurang selesa dengan caranya yang agak berani bersuara then mintak nombor fon aku. Tapi tak pelah aku bagi pun sebab dia member kawan aku so aku tak fikir pape. Aku menolak pelawaannya. Tak nak lah. Aku tak suka dia. Mana mungkin aku terima dia. Tu kata aku . Sekali lagi bala menimpa. Ya Allah aku bukan lagi aku. Orang kata aku dah lupa diri. Keakrapan aku dan dia mula berbunga seperti orang bercinta. Aku tak sedar bila ianya berputik. Terlalu sekejap. Sekelip mata. Kalau aku benar-benar mahukan dia. Aku tidak akan menolak kali pertama dia meminta. Aneh. Hati aku berbalik terbalik tergolek uhhh! Tak couple tapi macam orang bercinta. Magik kan. Tapi memamg aku dah terkena magik pun. Lelaki magik ni lelaki yang membawa aku ke zaman kegelapan. Wah! Dialah zaman gelap aku kan. Bukan kekasih gelap. Kurang dari dua tahun aku mengenali dia tetapi dia buat aku rasa tak nak kenal mana-mana lelaki seumur hidup. Hebat tak dia? Hebatkan. Sebab dia aku berubah. Sebab dia aku lupa prinsip hidup yang aku pertahankan. Sebab dia aku lupa kawan. Sebab dia aku lupa keluarga dan sebab dia aku lupa diri . Memang aku bodoh sebab terlalu obses sehinggakan aku lupa segala-galanya Magik kan dia. Even dah macam2 dia buat tapi aku maafkan dia. Terima kasih dan syukur alhamdulillah sebab aku percaya ada hikmah. Aku teruskan hidup walaupun langit cerah tapi mata aku tidak mampu melihat cahaya. Aku masih tercari-cari di mana cahaya. Di hujung cerita cinta aku dan dia gelap gelita. Hati aku seperti hilang deria sehinggalah aku berbisik menyedapkan hati. Suatu hari akan ada lelaki yang baik untuk aku. Ya memang ada cuma aku tak sedar. Allah yang Maha Pengasih. Aku hampir menolak dirinya sebab takut. Aku takut terluka. Bukan pengecut. Cuma terlalu cepat sampai aku jadi keliru dengan apa yang sedang aku rasa. Hujungnya kurasakan akan gelap selamanya sehingga tiada lagi peluang untuk kaum Adam. Walaupun hujungnya aku tinggalkan gelap tetapi aku percaya di pangkalnya masih punya cahaya. Cahaya yang aku maksudkan adalah rahsia. Masih lagi rahsia. Aku tidak mengenali dia. Bercakap dengan dia pun tak pernah. Sudah hampir empat tahun aku masih menanti kehadiran dia tanpa henti usaha. Aku tahu itu kerja gila tapi itulah kehebatan cinta. Sama saja seperti kali pertamanya aku memahami cinta.  Sekarang pun aku sedang memahami. Sekarang pun aku masih menanti. Sekarang pun aku masih setia. Semuanya sebab aku tak nak rasa kehilangan lagi. Allah Maha Mengetahui segala apa yang aku tidak ketahui. Rahsianya masih menjadi rahsia di hati aku. Masih lagi tergantung. Hanya sabar yang aku jadikan senjata hati untuk melindungi kegelisahan yang menimpa. Ini baru permulaan. Cerita qalamNya masih lagi rahsia.

Bukan Apa Yang Aku Lalui Di Bualkan Tetapi
Aku Bicarakan Apa Yang Di Temui.

No comments:

Post a Comment