Tuesday 17 December 2013

BerCinta

BerCinta
Indah Dari Dunia
BerCinta
Manis Dari Gula
BerCinta
Walau Bukan Selama-lamanya

BerCinta
Ada Rasa Yang Aku Diamkan Saja
Ada Cerita Yang Dia Tak Duga
Bertahun Aku Menahan Rasa
Bertahun Aku Mencari Dia
Bertahun Aku Menyimpan Cita-cita
Bertahun  Aku Masih Tidak Rela
Kerana Jauh Dari Sudut Hati Aku Merana
Bahana  Cinta
Aku Sebenarnya Terluka

BerCinta
Ianya Mucul Tiba Setelah Sekian Terluka
Kini Aku Biarkan Jendela Hati Terbuka
Untuk Kali Kedua
Walaupun Hati Masih Terasa Siksa
Tapi Aku Mahu Kannya
Ya! Aku Mahukan Dia
Untuk Dia
Aku Masih Mencuba
Mencuba Untuk Menerima

BerCinta
Melihat Kamu Hati Aku Terpana
Melihat Kamu Jantung Gugup Minta Bersua
Melihat Kamu Jiwa Meraung Meminta-minta
Melihat Kamu Seperti Aku Sedang Melihat Dia
Walaupun Persis Kamu Tetap Tidak Serupa
Walau Ada Muslihat Yang Harus Aku Peka
Hati Kamu? Ya! Aku Masih Buta
Limpahkan Aku Sedikit Masa
Aku Akan Bisa

BerCinta
Tak Aku Biarkan Hati DiSepak Derita
Tak Aku Biar Hati Meraung Duka
Takkan Lagi Aku Biar Hati DiTikam Cinta Dusta
Aku Hanya Mahu Gembira Dan Bahagia

Mahu Lagi Aku BerCinta




ZaraSaae
17.12.2013
Selasa/ 2.32 p.m
B.B.B


Thursday 31 October 2013

Untuk Awak...

Dalam Hati Tiada Rasa... Tiada Duga...
Tiba-Tiba Kau Menjelma... Aku Terima...
Aku Pernah Rasa... Engkau pun Sama...
Kita Sama...

Tiada Sangka...
Kita Pernah Bersua...
Cuma Di Mana... Aku Tidak Dapat Meneka...
Aku Tulis Apa Aku Rasa... Engkau Tidak Rasa...
Bisa Kau Kata Aku Gila...
Sebab... Sebab... Sebab... Kita Tak Pernah Jumpa...

p/s: Nice To Know You  Awak ;)

Kau

Kau...
Pergi Tanpa Duga...
Cinta Hilang Rasa...
Tinggal Aku Merana...
Bikin Aku Gila...

Kau...
Hilang Dari Mata...
Sepi Dari Jiwa...
Mati Dari Cinta...
Terkubur Akhirnya...

ZaraSaae
31.10.2013
B.B.B
1.35am


Wednesday 30 October 2013

AZURA



Azura...
Pahit Kelat Derita Jiwa... Kau Telan...
Tangis Sendu Luka Kau Tampan...
Walau Yang Melihat Mu Terpampan...
Ada Cerita Kisah Tersimpan...

Azura...
Biarlah Di Dalam Dada Luka...
Biarlah Tiada Siapa Dapat Meneka...
Asalkan Ada Hamba...
Yang Sudi Menconteng Puisi Cinta...
Buat Penawar Untuk Senyum Suka...

By: Aku Maya

P/S: Thanz Kak Yan... Sudi mencontengkan sebuah puisi datangnya bukan dari jari tapi dari hati.
 Terharu. 

Friday 6 September 2013

Yang Selalu Ada


Kau Senyummm... Aku Bahagia...
Dan Ku Menangis... Pabila Air Mata Mu Menitis
Jangan Pernah Kau Bersedih...
Kerna Aku Selalu Ada Untuk Diri Mu...
Yang Selalu Tiada Untuk Ku...

Wahai Sang Cinta
Ke Mana Kau Pergi Tinggalkan Aku Sendiri..
Di Celah-Celah Kota Hati
Semakin Hilang Tidak Berpaksi...

Hilang!!
Hilang!
Hilang!

Dari Jauh Menggalas Rindu...
Jiwa Parah Dilanggar Hiba
Hati Ku Rapuh Menahan Sendu
Kerna Kasih Mu Tak Kunjung Tiba

...............

ZaraSaae
Kota Damansara
06092013
Jumaat
05:35 p.m

Thursday 11 July 2013

Ramadhan 2013




1st Day Tarawih

Alhamdulillah ALLAH masih lagi bagi peluang kat kita semua menikmati bulan yang penuh dengan keberkatan.. semoga kita tak mensia-siakan ramadhan kali ini dan semoga ramadhan kali ni lebih baik dari sebelum ni amin.. in sya allah

Tadarus
Have A Safe Journey Of Ramadhan

Saturday 29 June 2013

Aku Dan Waktu

AKU DAN WAKTU
Bermula dengan satu titisan jernih. Terbongkar satu rasa yang telah lama terkurung dalam sangkar hati. Ya Rabb... Rasa apakah ini sehingga jiwa terasa seperti terperangkap di dalam satu kiub besi. Terperangkap tanpa kunci. Rasa yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Meronta sana-sini. Terjerit-jerit, memekik-mekik minta dilepaskan. Sehingga telinga hati bengkak perih sakit menahannya.

Mencari kekuatan melawan rasa ciptaan hati tanpa boleh melihat dan menyentuh rasa itu... Ya ALLAH sukarnya. Ya Rabb... Hanya kepadaMu aku meminta. Tiada yang lain kerana Engkau yang Maha Mengetahui setiap yang ghaib. 

Hati ditimpa sunyi yang teramat walaupun dihujani dengan gelak ketawa teman-teman di sekeliling namun rasa itu begitu kebal.

Ya Rabb
Aku memohon agar ENGKAU mengisi kekosongan jiwa ini dengan cinta dan kasih sayangMU.
Sebagaimana tujuan ENGKAU menciptakan HAWA untuk ADAM.
Memberikan aku kebahagiaan dan teman hidup yang beriman dan soleh
Sentiasa mencintai dan mengasihi aku keranaMu

DAN
Menikahi aku keranaMu

AMEENNNN....



Saturday 25 May 2013

No More LOVE

Assalamualaikum...
Waaaaa... lama betul tak main conteng-conteng lam blog nie.. maklum la bz dengan tesis... final sem kannn ;)
btw entry kali nie... no more LOVE!!!.. buat masa ni la hihi... stress sgt jadi stdent final sem nie so segala masalah berkaitan dengan hati kena tolak tepi dulu evn rasa tu kadang2 datang menganggu... 

Perasaan sekarang??
1. Sedih
2. Stress
3. Kosong
4. Lonely
5. I need someone to share n feel me (I Need You) 
6. Broken Inside
7. My heart is too tired 4 words
8. Speechless
9. BYE!

Thursday 4 April 2013

I Want You To Be My....

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Lama tak merapu kat blog nie terasa kekok pulak nak melepas rasa. Padahal orang tak baca pun kann. Just now... ALLAH saja yang tahu gelisah dalam hati. Selalu rasa dalam ketakutan, kesedihan. Aku sambut setiap ujian tu dengan hati terbuka in sya ALLAH.. Yang Maha Berkuasa mengetahui segala-galanya.

Aku ditimpa masalah bertubi-tubi. Aku memohon kudrat dr kekuatan ALLAH. Alhamdulillah aku masih mampu bertahan. So saat sekarang, bila dalam keadaan macam ni aku terasa memerlukan some1. Some1 yang aku boleh share evrything. Aku selalu memohon agar ALLAH memberikan aku seseorang. Kalau bukan sekarang mungkin nanti dan sabar adalah jalan penyelesaiannya.

Mungkin orang akan cakap mengadu kat ALLAH adalah lebih baik. Yea betul. Aku pun buat macam tu sampai terasa malu. Tapi aku manusia yang memerlukan manusia yg lain utk aku teruskan hidup and berkongsi rasa. Itu fitrah yang aku tidak boleh tolak.

Tetapi saat ni semuanya aku simpan sendiri. Aku mahukan dia ada di sisi. Mungkin untuk tenangkan hati. Tapi aku tahu ALLAH tidak mengizinkan aku untuk itu. ALLAH tahu apa yang terbaik :) Walaupun aku tak tahu siapa dia yang aku tunggu.

Kepada dia yang menerima aku seadanya.. I just want you to be my half...




Thursday 14 March 2013

Rasa Yang Dia Tak Rasa

Rasa Itu Tak Pernah Berubah
Tetapi Semakin Menjauh
Rasa Itu Tak Pernah Pudar
Tetapi Kelihatan Semakin Kabur

Air Mata Itu
Tanda Hati Sedang Hiba
Tapi Aku Tak Bisa Luahkan
Aku Tak Bisa Biarkan Dia Merasai Aku

Maaf.
Aku Tidak Berniat
Hati Semakin Kelu Dan Membisu
Keadaan Memaksa Tanpa Dia Sedar

Ketika Hati Aku Ingin Lepaskan Derita
Bicara Aku Terhenti
Kerna Dia Ada Depan Mata 
Tetapi Aku Hanya Melempiaskan Rasa Dengan Dinding Yang Tidak Bernyawa

Bukan Sekali.
Tapi Itu Masih Lagi Salah Aku
Aku Tidak Sempurna
Lebih Baik Aku Diamkan Saja Walaupun Dia Tak Suka


Tuesday 12 March 2013

You Make Me Smile


Ya ALLAH, jadikan daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman.
Dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan.
ALLAH adalah sebaik-baik pemelihara dan DIA amat mengasihi daripada segala-galanya.
Amin..

Monday 25 February 2013

La Tahzan


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Entry kali ni saya nak berkongsi rasa dan pengajaran daripada ujian saya. Saya belajar sesuatu dan ujian itu menguji tahap kekuatan kita termasuklah kekuatan mental emosi dan iman kita ;)
Dan setiap ujian or masalah yang saya lalui sepanjang hidup, inilah alternatif yang saya ambil. Walaupun kadang-kadang kita terpaksa melawan dengan diri kita sendiri. Walaupun adakalanya kita gagal mengawal keadaan tu.


Setiap manusia tak lari daripada berdepan dengan ujian ALLAH. So kita kenalah sentiasa memohon pertolongan daripadaNYA. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan selain daripada pertolongan daripada ALLAH. Walaupun kita kehilangan orang yang kita cintai or kasihi kita tak berhak menyalahkan setiap ketentuan ALLAH. Tetapi belajar menerima dan redha. Kita berdoa biar setiap sesuatu ujian itu mendatangkan kebaikan kepada diri kita :)

Stop looking for a partner. Focus on yourself and rebuilding your life. 
Eventually the right person will fine you.

Sesungguhnya ALLAH adalah sebaik-baik perancang. Apabila dia menarik sesuatu daripada kita bermakna DIA akan menggantikan kita dengan sesuatu yang lain kepada kita, yang lebih baik untuk kita di dunia dan juga akhirat. Bersangka baik adalah jalan terbaik. Hati kita pun tenang in sya ALLAH ;)

Memang setiap kata-kata itu semudah mengalirkan air tetapi nak aply kat hati tu bukan main susah kan? So kita kenalah kuat, banyak bersabar, banyak berdoa. Jadikan solat dan sabar itu sebagai pelindung hati dan diri kita. Tak apa kalau susah nak buat semua tu. Sekurang-kurangnya kita usaha untuk menjadi lebih baik. 

Bila kita di uji. Benda pertama yang kita kena handle adalah hati kita diri kita dan emosi kita. Coz main character dalam hidup kita adalah diri kita sendiri. Kita yang menentukan ke mana hala tuju kita dengan memohon petunjuk daripada ALLAH. 

Contoh macam putus cinta. Saya pun melaluinya dan setiap orang pun pernah melaluinya. Setiap orang pula ada cara masing-masing kan. Orang kata kalau ada prob apa salahnya share. Ya betul kita boleh share tetapi kadang-kadang  tu kita kena berhati-hati risau nanti boleh timbulkan fitnah. Maklumlah mulut orang mana boleh kita tutup. Hati orang pula mana kita tahu kan. Sebaik-baiknya mengadu dan menangis la dengan ALLAH. Hati kita akan lebih tenang. Kerana kita adalah ciptaanNYA dan ALLAH lebih mengenali dan memahami kita. Jangan pula kita putus cinta sampai tak makan tak minum dan ada pula yang sanggup bunuh diri. Janganlah macam tu. Tak salah nak menangis. 

Cry as hard you want to. But always make sure, when you stop crying, 
you will never cry for the same reason again.

Jangan sia-siakan masa kita dengan benda-benda macam tu. Kita bukan setiap hari muda. Masa pula setiap saat berlari ke hadapan. Kalau kita tak memberi peluang untuk diri merasa bahagia, menghargai family kita sahabat-sahabat kita pasti suatu hari kita akan menyesal. :)

Appreciate what you have right now, 
because you dont always get a second chance. 

Apabila kita didatangi dengan pelbagai masalah mohon ALLAH permudahkan semuanya. Janganlah kita bersedih. ALLAH sentiasa bersama kita. Saya sendiri kadang-kadang terkasar, termenangis. Saya tak nak rasa semua tu. Diam saya seketika kerana saya sedang kecewa dengan keadaan. Mungkin ada yang terkecil hati tetapi saya sedang berusaha melawan supaya tidak hanyut dengan bisikan syaitan.

Kalau kita tak dapat sesuatu yang kita inginkan. Ingatlah yang ALLAH mahukan terbaik untuk kita dan bersyukurlah ALLAH masih memelihara kita. Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
You have nothing to fear,
 for ALLAH is beside you, encouraging you to find a way through the dark

Saya pun menangis. Terlalu banyak yang saya lalui dan alhamdulillah ALLAH tahu di mana tahap kekuatan kita. Walaupun saya bersedih, im trying to be hapy coz saya nak orang di sekeliling saya pun hapy dan tak nak orang tahu pun yang saya sedang menangis.

Sometimes you have to smile and pretend everythings okay. 
Hold back the tears, and just walk away from those who dont care about you.

Dalam hidup ni tak kisah la bagaimana sekali pun ujian yang datang. Sama ada ujian daripada orang yang kita cinta, sahabat-sahabat kita or org di sekeliling kita. Kalau mereka pernah menyakiti kita or buat kita menangis, berdoalah supaya kita tak buat benda yang sama kat mereka ;)

Sometimes love is letting go. And praying for the best


Friday 22 February 2013

Seloka Cerita Semasa

Owhhhh.. Mari mari dengar ini cerita
Seloka cerita semasa
Maaflah kalau ada yang terasa
Bukan niat untuk berkata

Jangan terlalu memuji..Jangan terlalu mengata
Bukan mereka dengki
Tapi orang sekeliling pun kita kena jaga

Amboi
Sesuka hati mengata
Diri sendiri tah ke mana hala
Ingat satu benda
ALLAH tahu semuanya
Ragam manusia bermacam acara
Apalah salahnya kita menerima mereka
Kita pun apa kurangnya
Manusia yang sama

Jangan tengok orang hujung mata
Beri mereka  pinjam hati kita
Biar kita sama-sama rasa
Buang benci semaikan cinta

Subhanallah
Tak ke indah apabila hidup tak bertalam dua muka
Ikhlas dari hati bukan mengata

p/s : Muhasabah diri sendiri ;)

Saturday 16 February 2013

Semoga Hari Kami Kembali Menyinari

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Ku Ingin Kau Berada Di Sisi Ku  Dalam Waktu Sukar Atau Bahagia

Cinta Kau Berikanlah Kekuatan Untuk Meniti Cubaan Dari Mu

Tuesday 12 February 2013

Sebenarnya Aku...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sebenarnya aku...
Berusaha mencari aku... Berusaha menjadi aku

Sebenarnya Aku...
Takut mereka salah tentang ku... Tapi ku biarkan saja rasa itu terbang menjadi debu..
Kerana tahu mereka tak merasai aku

Sebenarnya aku...
Tak mahu rasa ini... Tak mahu rasa itu...
Tapi aku tak bisa melanggar sebuah ketentuan Maha Kuasa

Sebenarnya aku...
Ingin mendampingi sebuah rasa
Rasa bahagia. Rasa tenang. Rasa kasih sayang. Rasa cinta abadi
Makanya Aku memohon dariNYA siang bertemankan nyiru langit biru
dan malam bertemankan bulan dan bintang

Sebenarnya aku...
Pendosa dunia yang mencari sebuah cahaya
Bukan cahaya matahari di siang hari. Bukan cahaya bulan di malam hari.
Tetapi cahaya dari pemilik cinta yang hakiki
La'ilah Ha'illallah

zara saae
12.2.13
bandar baru bangi
8.33 am



Thursday 7 February 2013

CinCin Di Jari Manis

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ;)

Entry kali ni saya mau bicara mengenai CinCin. Cincin milik saya. Beli sendiri coz single lagi kan :) Bab cincin nie orang suka tegur sebab saya selalu pakai cincin kat jari telunjuk and jari hantu. Ada yg tanya kenapa tak pakai cincin kat jari manis. Maaf la yea actually saya tak minat nak pakai cincin kat jari manis. So masa mula2 beli saya kecik kan cincin ikut jari hantu. But lately i dont know y hati nie tiba-tiba terasa nk pakai cincin kat jari manis. So tadi pergi buat kali kedua kat kedai emas PKNS Bangi then kecilkan ikut jari manis. Bila pakai aje kat jari manis tiba-tiba hati rasa nak kawinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn ;) hikhik Tapi calon tarakkkkkkkk lagi. Tak pa lah.. in sya ALLAH ada rezeki mai la 2. Itu semua rahsia ALLAH. Mudahan2 boleh jadi orang yang sabar dengan setiap ketentuan ALLAH aminnn... :)


Friday 25 January 2013

Aku Terima Nikahnya

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi MAha Penyayang


Ya ALLAH, Jika Aku Jatuh Cinta, Cintakanlah Aku 
Pada Seseorang Yang  Melabuhkan Cintanya PadaMU,
Agar Bertambah Kekuatanku Untuk MencintaiMU.

Sunday 20 January 2013

Tiada Detik Untuk Sedetik

Detik
Suatu Detik Yang Dinanti
Kian Berlari Laju

Untuk Sedetik
Aku Meminta Aku Merayu
Sedetik Yang Kian Kabur

Detik Semakin Berdetik
Hati Tercalar Dengan Detik Yang DiTunggu
Di  Mana Mahu Aku Cari Detik Yang Semakin Jauh Membelakangi Aku
Di Mana? Di Mana? Di Mana?

Tiada Detik Untuk Sedetik Buat Aku
Tiada Detik Untuk Aku Di Sini
Mungkin Yang Maha Mengetahui Menempatkan Sedetik Buat Ku Di Sana

Friday 18 January 2013

BerTesis Lah KonoNya

Salam :)

Nak share sikit hari-hari indah kami selama dua hari berturut-turut di Library UiTM Shah Alam ni ;) Btw T.q  sangat-sangat kat fana, atiq n sis ela yang banyak tolong dan  menghiburkan hati yang kononya teriak dalam senyum tapi teriaknya bisu aduh! hehe ok fokus!fokus! Nanti lari topik pulakkkk :) Beria p LIBRARY ni Bertesis Lah kononya. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Stress tu tak yah cakap lah. muka semuanya berkerut aje kan hehe :) Tak apa stress sekarang. Bersusah-susah dulu bersenang-senang kemudian. Stress pun menyempat aje kami bersnap-snap dulu. Jom tengok hasilnya :)


Lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :)


SAYANG MEREKA
Ada Salah Silap or Terkecil Hati Sepanjang Bersama, Maafkan Saya :)


Sunday 13 January 2013

YANG IKHLAS


Surah Pelindung


Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam. Dia berulangkali mengatakan  "AHAD!AHAD!" (Tunggal, merujuka kepada ALLAH S.W.T)


DIPEILIHARA KESELAMATAN

Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai solat subuh maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari tersebut"

Membaca surah Al-Ikhlas dan 'Al-Mu'awwidzatain' sebanyak 3 kali pada waktu subuh dan asar, In shaa ALLAH maka kita akan selamat dari bahaya sehingga tiba subuh dan asar berikutnya.

Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa membaca surah AL-FATIHAH, AL-IKHLAS, AL-FALAQ, dan AL-NAS setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpeliihara dari keji dan segala bala hinggalah ke jumaat berikutnya."

::: SELAMAT BERAMAL:::

SUMBER:
http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/12/22/fadhilat-dan-khasiat-surah-al-ikhlas/






Thursday 10 January 2013

TeLeFoN UnGu

I do Miss All The Moment With You
Chatting, Message

And I Dont Wanna Fall Asleep
Cause I will Miss You

Its Really Hard To Pretend Not To Love A Person
When Im Really Do

I just Want A Guy Who Will Hold My Hand
And Work The World With Me


You Were My Secret Smile
Now You Are My Obvious Tear

This The Day That I will Stop Loving You

But
You Will Always Gonna Be The One
And You Should Know How I Wish I Could Have
Never Let You Go

Please Come Into My Life Again

Tuesday 8 January 2013

NyaNyiaN HaTi La La La La La La

Di Sini Kau Pergi Tinggalkan Diri Ku Sendirian Tanpa Alasan
Di Sini Ku Tak Rela Kehilangan Kamu

Mengapa Engkau Pergi Saat Aku Terasa Bahagia Dengan Mu
Di Sini Mengapa Kau Biarkan Yang Lain Menuntut Cinta Dari Ku
Sedangkan Diri Mu Pemilik Hati Ku Pergi Menjauh

Di Sini Aku Tak Rela
Di Sini Aku Menanti Bahagia


Monday 7 January 2013

SePerTi TiaDa Apa-Apa

Hye Assalamualaikum :)

Hhhmmmmm...Lately bibir nie nak senyum aje. 
Senyum senyum dan senyum lagi. hehe mungkin hati ni tengah gila!

Taklah! Bukan gila tapi sedang mencuba untuk mencari kebahagiaan :) 
Senyum tu untuk teman-teman ;) Bila sendirian tak senyum nanti orang bilang gila ;)
Orang kata senyum tu penawar duka :) Ya! Betul! Hati sedang menangis Bibir pula senyum mekar

Em bukan hipokrit tapi tak mahu tunjuk diri ni lemah. Biarlah DIA saja yang tahu :)
Bukan mudah! Teman-teman tidak mengerti rasa itu :)
Sebuah rasa yang hanya dipendam. Bukan sekadar rasa kosong tetapi hilang

Tuesday 1 January 2013

Entah Di Mana Diri Mu Berada

 


Suatu Masa Aku Pernah Menanti dan Terus Menanti
tapi ku Tidak Ketahui Bila

Suatu Masa Aku Pernah Setia dan Terus Setia
Tapi Kini Sedang Meratah Jiwa

Suatu Masa Aku Pernah Cuba dan Terus Mencuba
Tapi Kini Aku Biarkan saja

Kerna Saat Ini Kau Tidak Merasa Apa yang Aku Sedang Rasa