Tuesday, 27 December 2016

Happy Birthdayy Sweetheart! ;)

27 /12 /2017

Assalamualaikum... 

Entry sis kali ni nak wish birthday kepada someone yang sangat speciallll..
Lain macam sikit rasanya kikiki.... ok2... wish cepat!

Sweetheart!
Sanah Helwah
Semoga sentiasa dalam lindungan Allah
Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki yang luas
Semoga bahagia dunia dan akhirat.
Semoga tahun 2017 nanti Allah permudahkan segala usaha kita..
 Ameen.

T.q for everything ok...
Jangan lupa belanja makan kek :)
kikiki

BBB
27/12/2016
12.00 am



Monday, 26 December 2016

Im Backkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Zara Saae 2016
Sis bukan niqabis yea kihkihkih


Assalamualaikum...

Ya Allahhhh...lama sangat tak update blog ni... Last post 2014.. now dah penghujung 2016... dah dua tahu rupanya sis tak melayan perasaan kat sini.kehkehkeh


Nampak tak bz... skrg... im backkkkk... alhamdulillah... 


Jangan kecam sis yea... sis memang suka mencipta kata-kata untuk menggambarkan pelbagai rasa yang ada dalam hati manusia...

Thursday, 27 February 2014

Kerana Aku Rindu



Hanya Kerana Aku Rinduu
Kerana Aku Rindu
Ku Biar Ia Menitis Menemani Sendu

Kerana Aku Rindu
Hati Ku Teriak Dalam Bisu

Kerana Aku Rindu
Siulan Sepi Ku Biarkan Berlalu

Kerana Aku Rindu
Jiwa Ku Rebah Sungguh Tiada Lagi Mampu

Kerana Aku Rindu
Alunan Suci Ku Kirim Kepada Mu

 Kerana Aku Rindu
Tangisan Ini Merayu Agar Bahagia Bertamu

Kerana Aku Rindu
Tidak Lelah Aku Meminta Pada Yang Satu

Kerana Aku Rindu
Doa Ku Agar Kita Bertemu

*Hanya Kerana Aku Rindu*

27.02.2014
B.B.B
09.20 p.m

Saturday, 22 February 2014

Kalau Itu Takdir Ku

Memang Dia Aku Cinta
Tapi Aku Perlu Turut Takdir Yang Esa

Kalau Benar Dia Untuk Ku
Pasti Kami Bersatu

Mungkin Duri Aku Harus Lalui
Namun Itu Penguat Hati

Walau Hati DiTikam Rindu
Aku Tetap Sabar Menunggu

Walau Jiwa Gundah Keliru
Aku Tetap Menunggu Mu

Pasti Ada Cerita Tentang Mu Aku Samar
Namun Aku Perlu Sabar

Mungkin Kau Tidak Berhelah
Buat Aku Tak Pernah Menyerah

Impian Bersama Punah
Namun Aku Tak Mahu Ia Musnah

Pada Yang Esa Aku Berserah
Kini Aku Redha Dan Pasrah

Thursday, 20 February 2014

Mencipta Rasa

Walau Ada Jiwa Bertamu,
Hati Masih Lagi Buntu,
Masih Lagi Keliru,
Tiada Lagi Yang Aku Mampu,
Walau Kecewa Kali Yang Keseribu,
Hanya Pada ALLAH Aku Berseru...

::: 11.02.2014:::

Rasa Itu Kembali Menendang Hati,
Setiap Saat Tiada Tanda Berhenti,
Menangis sehingga Jiwa Itu Kemari,
Walau Hati Tiada Pasti.

:::28.01.2014:::

Ada Sesuatu Yang Hampir Menitis,
Tak Lawan Aku Menepis,
Satu Rasa Yang Tak Pernah Habis,
Walau Aku Berlari Lelah Hingga Letih.

:::27.01.2014:::

Zara,
Nama Aku Zara,
Manis Ku Hanya Biasa,
Cantik Pun Tidak Seberapa,
Hanya Aku Orang Sederhana,
Kalau Kau Suka, Kau Bole Terima,
Kalau Kau Tidak Cinta, Kau Boleh Pergi Saja.

:::28.12.2013:::

Aku Perempuan Bukan Penggoda,
Yang Kau Boleh Lihat Ikut Rasa,
Sentuh Ikut Suka.

:::23.12.2013:::

Cerita Semalam, Aku Kilas Padam,
Tiada Aku Pendam,Tidak Aku Dendam,
Hanya Aku Diam, Harap Kau Faham.

:::20.12.2013:::

Menyesali Aku Akan Sesuatu,
Tentang Kamu Dan Aku,
Takkan Menyatu, Menjadi Satu.

:::20.12.2013:::

Sayang Jangan Kau Menangis,
Kerna Hati Ku Mengikut Hiba,
Jangan Kau Biar Hati Membengis,
Walaupun Kau Benci Dia.

:::22.11.2013:::

Bibir Bisa Mencipta Dusta,
Kalau Hati Tiada Yang Direka-reka,
Inilah Hakikat Yang Aku Terima,
Walau Terpaksa Suka Berselang Duka,
Biar Pun Jiwa Masih Terseksa,
Tetapi Hati Masih Mampu Menyimpan Rahsia.

:::20.12.2013:::





Wednesday, 19 February 2014

Apabila Rasa Yang Merasa


Rasa Semakin Pantas Meneka 
Semakin Ligat Menembus Jiwa
Tajam Menikam Mata

Gundah Semakin Tiba
Keliru Dalam Mencuba
Hati Mahu Saja
Tapi Aku Tak Bisa Paksa

Biarkan Ia Berlalu Senja
Akan Berpaut Bila Tiba Masanya

ZaraSaae
19.02.2014
11.33pm
B.B.B

Tuesday, 17 December 2013

BerCinta

BerCinta
Indah Dari Dunia
BerCinta
Manis Dari Gula
BerCinta
Walau Bukan Selama-lamanya

BerCinta
Ada Rasa Yang Aku Diamkan Saja
Ada Cerita Yang Dia Tak Duga
Bertahun Aku Menahan Rasa
Bertahun Aku Mencari Dia
Bertahun Aku Menyimpan Cita-cita
Bertahun  Aku Masih Tidak Rela
Kerana Jauh Dari Sudut Hati Aku Merana
Bahana  Cinta
Aku Sebenarnya Terluka

BerCinta
Ianya Mucul Tiba Setelah Sekian Terluka
Kini Aku Biarkan Jendela Hati Terbuka
Untuk Kali Kedua
Walaupun Hati Masih Terasa Siksa
Tapi Aku Mahu Kannya
Ya! Aku Mahukan Dia
Untuk Dia
Aku Masih Mencuba
Mencuba Untuk Menerima

BerCinta
Melihat Kamu Hati Aku Terpana
Melihat Kamu Jantung Gugup Minta Bersua
Melihat Kamu Jiwa Meraung Meminta-minta
Melihat Kamu Seperti Aku Sedang Melihat Dia
Walaupun Persis Kamu Tetap Tidak Serupa
Walau Ada Muslihat Yang Harus Aku Peka
Hati Kamu? Ya! Aku Masih Buta
Limpahkan Aku Sedikit Masa
Aku Akan Bisa

BerCinta
Tak Aku Biarkan Hati DiSepak Derita
Tak Aku Biar Hati Meraung Duka
Takkan Lagi Aku Biar Hati DiTikam Cinta Dusta
Aku Hanya Mahu Gembira Dan Bahagia

Mahu Lagi Aku BerCinta




ZaraSaae
17.12.2013
Selasa/ 2.32 p.m
B.B.B