SANGKAR MERAH
Telahku berenang menyeberangi
fikirmu
Terlerai seribu simpul
masa lalu
Memori Disember kembali mendakapku
Disember
……….
Pabila nyanyian unggas berganti jeritan
rentetan
Pabila
laut menyemburkan buih merah
Pabila
tanah bermandi darah
Debaran yang maha kencang
Merangkak memeluk dada
Jeritan kecil kian merasuk jiwa
Sekelipan mata pintu
keamanan dirobohkan
Sekelipan mata nyawa di hujung senjata
Sekelipan mata api jiwa
terus menyala
Sekelipan
mata nadi musuh dipatahkan
Sekelipan mata ku terbang
ke hari muka
Takkan
ku pulang ke sangkar merah
Zara Saae
Puncak Perdana
24/11/2012
7.15 am
No comments:
Post a Comment