Saturday 29 June 2013

Aku Dan Waktu

AKU DAN WAKTU
Bermula dengan satu titisan jernih. Terbongkar satu rasa yang telah lama terkurung dalam sangkar hati. Ya Rabb... Rasa apakah ini sehingga jiwa terasa seperti terperangkap di dalam satu kiub besi. Terperangkap tanpa kunci. Rasa yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Meronta sana-sini. Terjerit-jerit, memekik-mekik minta dilepaskan. Sehingga telinga hati bengkak perih sakit menahannya.

Mencari kekuatan melawan rasa ciptaan hati tanpa boleh melihat dan menyentuh rasa itu... Ya ALLAH sukarnya. Ya Rabb... Hanya kepadaMu aku meminta. Tiada yang lain kerana Engkau yang Maha Mengetahui setiap yang ghaib. 

Hati ditimpa sunyi yang teramat walaupun dihujani dengan gelak ketawa teman-teman di sekeliling namun rasa itu begitu kebal.

Ya Rabb
Aku memohon agar ENGKAU mengisi kekosongan jiwa ini dengan cinta dan kasih sayangMU.
Sebagaimana tujuan ENGKAU menciptakan HAWA untuk ADAM.
Memberikan aku kebahagiaan dan teman hidup yang beriman dan soleh
Sentiasa mencintai dan mengasihi aku keranaMu

DAN
Menikahi aku keranaMu

AMEENNNN....