Friday 10 August 2012

Tiada

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahimmm...
Tiada sebak Tiada air mata Tiada keluhan Tiada senyuman Tiada keperitan
Tiada keresahan Tiada kasih sayang Tiada cinta

Tiada yang mengetahui selain DIA. Indah aturnya adil untuk setiap manusia. Wahai manusia? Jangan bimbang kalau diuji setiap masa. Itu tanda kasih DIA dekat kita.Sungguh! DIA tidak pernah mengecewakan manusia. Hati. Jagalah hati. Peliharalah hati. Kuatkanlah hati. Menangislah. Senyumlah. Kedua-duanya bukanlah untuk meratapi kekurangan dan kelebihan tetapi ianya adalah anugerah dari yang ESA. Dusta! Tiada dusta DIA terhadap manusia kecuali manusia itu sendiri. Buat pemilik hati. Amanah masih lagi dijaga. Aku cinta. Kau cinta. Ikutkan saja jalannya. InsyaAllah kebahagiaan sedang menyusul mendatangi kita. Jangan kau pernah lupa. Aku ada apa yang engkau ada dan engkau ada apa yang aku ada. Kita memiliki dan merasainya bersama iaitu DIA.

Wasalam Ramadhan 
Bandar Baru Bangi.


Friday 3 August 2012

Alhamdulillah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahimmm....
Terasa bgegar seluruh tubuh apabila melangkah masuk ke rumahMu...
Subhanallah! Hati menggigil memikirkan keEsaanMu...
Sungguh! Tiada ketenangan yang lain selain mendekatiMu...
Allah Akhbar! KekuasaanMu menemukan kami...
Alhamdulillah! Syukur! Doa kami telah Engkau perkenankan
Mohon Engkau memelihara hati kami. Aminnn....
InsyaAllah!