Monday 25 February 2013

La Tahzan


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Entry kali ni saya nak berkongsi rasa dan pengajaran daripada ujian saya. Saya belajar sesuatu dan ujian itu menguji tahap kekuatan kita termasuklah kekuatan mental emosi dan iman kita ;)
Dan setiap ujian or masalah yang saya lalui sepanjang hidup, inilah alternatif yang saya ambil. Walaupun kadang-kadang kita terpaksa melawan dengan diri kita sendiri. Walaupun adakalanya kita gagal mengawal keadaan tu.


Setiap manusia tak lari daripada berdepan dengan ujian ALLAH. So kita kenalah sentiasa memohon pertolongan daripadaNYA. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan selain daripada pertolongan daripada ALLAH. Walaupun kita kehilangan orang yang kita cintai or kasihi kita tak berhak menyalahkan setiap ketentuan ALLAH. Tetapi belajar menerima dan redha. Kita berdoa biar setiap sesuatu ujian itu mendatangkan kebaikan kepada diri kita :)

Stop looking for a partner. Focus on yourself and rebuilding your life. 
Eventually the right person will fine you.

Sesungguhnya ALLAH adalah sebaik-baik perancang. Apabila dia menarik sesuatu daripada kita bermakna DIA akan menggantikan kita dengan sesuatu yang lain kepada kita, yang lebih baik untuk kita di dunia dan juga akhirat. Bersangka baik adalah jalan terbaik. Hati kita pun tenang in sya ALLAH ;)

Memang setiap kata-kata itu semudah mengalirkan air tetapi nak aply kat hati tu bukan main susah kan? So kita kenalah kuat, banyak bersabar, banyak berdoa. Jadikan solat dan sabar itu sebagai pelindung hati dan diri kita. Tak apa kalau susah nak buat semua tu. Sekurang-kurangnya kita usaha untuk menjadi lebih baik. 

Bila kita di uji. Benda pertama yang kita kena handle adalah hati kita diri kita dan emosi kita. Coz main character dalam hidup kita adalah diri kita sendiri. Kita yang menentukan ke mana hala tuju kita dengan memohon petunjuk daripada ALLAH. 

Contoh macam putus cinta. Saya pun melaluinya dan setiap orang pun pernah melaluinya. Setiap orang pula ada cara masing-masing kan. Orang kata kalau ada prob apa salahnya share. Ya betul kita boleh share tetapi kadang-kadang  tu kita kena berhati-hati risau nanti boleh timbulkan fitnah. Maklumlah mulut orang mana boleh kita tutup. Hati orang pula mana kita tahu kan. Sebaik-baiknya mengadu dan menangis la dengan ALLAH. Hati kita akan lebih tenang. Kerana kita adalah ciptaanNYA dan ALLAH lebih mengenali dan memahami kita. Jangan pula kita putus cinta sampai tak makan tak minum dan ada pula yang sanggup bunuh diri. Janganlah macam tu. Tak salah nak menangis. 

Cry as hard you want to. But always make sure, when you stop crying, 
you will never cry for the same reason again.

Jangan sia-siakan masa kita dengan benda-benda macam tu. Kita bukan setiap hari muda. Masa pula setiap saat berlari ke hadapan. Kalau kita tak memberi peluang untuk diri merasa bahagia, menghargai family kita sahabat-sahabat kita pasti suatu hari kita akan menyesal. :)

Appreciate what you have right now, 
because you dont always get a second chance. 

Apabila kita didatangi dengan pelbagai masalah mohon ALLAH permudahkan semuanya. Janganlah kita bersedih. ALLAH sentiasa bersama kita. Saya sendiri kadang-kadang terkasar, termenangis. Saya tak nak rasa semua tu. Diam saya seketika kerana saya sedang kecewa dengan keadaan. Mungkin ada yang terkecil hati tetapi saya sedang berusaha melawan supaya tidak hanyut dengan bisikan syaitan.

Kalau kita tak dapat sesuatu yang kita inginkan. Ingatlah yang ALLAH mahukan terbaik untuk kita dan bersyukurlah ALLAH masih memelihara kita. Sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
You have nothing to fear,
 for ALLAH is beside you, encouraging you to find a way through the dark

Saya pun menangis. Terlalu banyak yang saya lalui dan alhamdulillah ALLAH tahu di mana tahap kekuatan kita. Walaupun saya bersedih, im trying to be hapy coz saya nak orang di sekeliling saya pun hapy dan tak nak orang tahu pun yang saya sedang menangis.

Sometimes you have to smile and pretend everythings okay. 
Hold back the tears, and just walk away from those who dont care about you.

Dalam hidup ni tak kisah la bagaimana sekali pun ujian yang datang. Sama ada ujian daripada orang yang kita cinta, sahabat-sahabat kita or org di sekeliling kita. Kalau mereka pernah menyakiti kita or buat kita menangis, berdoalah supaya kita tak buat benda yang sama kat mereka ;)

Sometimes love is letting go. And praying for the best


No comments:

Post a Comment