Friday 22 February 2013

Seloka Cerita Semasa

Owhhhh.. Mari mari dengar ini cerita
Seloka cerita semasa
Maaflah kalau ada yang terasa
Bukan niat untuk berkata

Jangan terlalu memuji..Jangan terlalu mengata
Bukan mereka dengki
Tapi orang sekeliling pun kita kena jaga

Amboi
Sesuka hati mengata
Diri sendiri tah ke mana hala
Ingat satu benda
ALLAH tahu semuanya
Ragam manusia bermacam acara
Apalah salahnya kita menerima mereka
Kita pun apa kurangnya
Manusia yang sama

Jangan tengok orang hujung mata
Beri mereka  pinjam hati kita
Biar kita sama-sama rasa
Buang benci semaikan cinta

Subhanallah
Tak ke indah apabila hidup tak bertalam dua muka
Ikhlas dari hati bukan mengata

p/s : Muhasabah diri sendiri ;)

No comments:

Post a Comment