Thursday, 31 October 2013

Kau

Kau...
Pergi Tanpa Duga...
Cinta Hilang Rasa...
Tinggal Aku Merana...
Bikin Aku Gila...

Kau...
Hilang Dari Mata...
Sepi Dari Jiwa...
Mati Dari Cinta...
Terkubur Akhirnya...

ZaraSaae
31.10.2013
B.B.B
1.35am


Wednesday, 30 October 2013

AZURA



Azura...
Pahit Kelat Derita Jiwa... Kau Telan...
Tangis Sendu Luka Kau Tampan...
Walau Yang Melihat Mu Terpampan...
Ada Cerita Kisah Tersimpan...

Azura...
Biarlah Di Dalam Dada Luka...
Biarlah Tiada Siapa Dapat Meneka...
Asalkan Ada Hamba...
Yang Sudi Menconteng Puisi Cinta...
Buat Penawar Untuk Senyum Suka...

By: Aku Maya

P/S: Thanz Kak Yan... Sudi mencontengkan sebuah puisi datangnya bukan dari jari tapi dari hati.
 Terharu. 

Friday, 6 September 2013

Yang Selalu Ada


Kau Senyummm... Aku Bahagia...
Dan Ku Menangis... Pabila Air Mata Mu Menitis
Jangan Pernah Kau Bersedih...
Kerna Aku Selalu Ada Untuk Diri Mu...
Yang Selalu Tiada Untuk Ku...

Wahai Sang Cinta
Ke Mana Kau Pergi Tinggalkan Aku Sendiri..
Di Celah-Celah Kota Hati
Semakin Hilang Tidak Berpaksi...

Hilang!!
Hilang!
Hilang!

Dari Jauh Menggalas Rindu...
Jiwa Parah Dilanggar Hiba
Hati Ku Rapuh Menahan Sendu
Kerna Kasih Mu Tak Kunjung Tiba

...............

ZaraSaae
Kota Damansara
06092013
Jumaat
05:35 p.m

Thursday, 11 July 2013

Ramadhan 2013




1st Day Tarawih

Alhamdulillah ALLAH masih lagi bagi peluang kat kita semua menikmati bulan yang penuh dengan keberkatan.. semoga kita tak mensia-siakan ramadhan kali ini dan semoga ramadhan kali ni lebih baik dari sebelum ni amin.. in sya allah

Tadarus
Have A Safe Journey Of Ramadhan

Saturday, 29 June 2013

Aku Dan Waktu

AKU DAN WAKTU
Bermula dengan satu titisan jernih. Terbongkar satu rasa yang telah lama terkurung dalam sangkar hati. Ya Rabb... Rasa apakah ini sehingga jiwa terasa seperti terperangkap di dalam satu kiub besi. Terperangkap tanpa kunci. Rasa yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Meronta sana-sini. Terjerit-jerit, memekik-mekik minta dilepaskan. Sehingga telinga hati bengkak perih sakit menahannya.

Mencari kekuatan melawan rasa ciptaan hati tanpa boleh melihat dan menyentuh rasa itu... Ya ALLAH sukarnya. Ya Rabb... Hanya kepadaMu aku meminta. Tiada yang lain kerana Engkau yang Maha Mengetahui setiap yang ghaib. 

Hati ditimpa sunyi yang teramat walaupun dihujani dengan gelak ketawa teman-teman di sekeliling namun rasa itu begitu kebal.

Ya Rabb
Aku memohon agar ENGKAU mengisi kekosongan jiwa ini dengan cinta dan kasih sayangMU.
Sebagaimana tujuan ENGKAU menciptakan HAWA untuk ADAM.
Memberikan aku kebahagiaan dan teman hidup yang beriman dan soleh
Sentiasa mencintai dan mengasihi aku keranaMu

DAN
Menikahi aku keranaMu

AMEENNNN....



Saturday, 25 May 2013

No More LOVE

Assalamualaikum...
Waaaaa... lama betul tak main conteng-conteng lam blog nie.. maklum la bz dengan tesis... final sem kannn ;)
btw entry kali nie... no more LOVE!!!.. buat masa ni la hihi... stress sgt jadi stdent final sem nie so segala masalah berkaitan dengan hati kena tolak tepi dulu evn rasa tu kadang2 datang menganggu... 

Perasaan sekarang??
1. Sedih
2. Stress
3. Kosong
4. Lonely
5. I need someone to share n feel me (I Need You) 
6. Broken Inside
7. My heart is too tired 4 words
8. Speechless
9. BYE!

Thursday, 4 April 2013

I Want You To Be My....

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Lama tak merapu kat blog nie terasa kekok pulak nak melepas rasa. Padahal orang tak baca pun kann. Just now... ALLAH saja yang tahu gelisah dalam hati. Selalu rasa dalam ketakutan, kesedihan. Aku sambut setiap ujian tu dengan hati terbuka in sya ALLAH.. Yang Maha Berkuasa mengetahui segala-galanya.

Aku ditimpa masalah bertubi-tubi. Aku memohon kudrat dr kekuatan ALLAH. Alhamdulillah aku masih mampu bertahan. So saat sekarang, bila dalam keadaan macam ni aku terasa memerlukan some1. Some1 yang aku boleh share evrything. Aku selalu memohon agar ALLAH memberikan aku seseorang. Kalau bukan sekarang mungkin nanti dan sabar adalah jalan penyelesaiannya.

Mungkin orang akan cakap mengadu kat ALLAH adalah lebih baik. Yea betul. Aku pun buat macam tu sampai terasa malu. Tapi aku manusia yang memerlukan manusia yg lain utk aku teruskan hidup and berkongsi rasa. Itu fitrah yang aku tidak boleh tolak.

Tetapi saat ni semuanya aku simpan sendiri. Aku mahukan dia ada di sisi. Mungkin untuk tenangkan hati. Tapi aku tahu ALLAH tidak mengizinkan aku untuk itu. ALLAH tahu apa yang terbaik :) Walaupun aku tak tahu siapa dia yang aku tunggu.

Kepada dia yang menerima aku seadanya.. I just want you to be my half...