Thursday, 20 February 2014

Mencipta Rasa

Walau Ada Jiwa Bertamu,
Hati Masih Lagi Buntu,
Masih Lagi Keliru,
Tiada Lagi Yang Aku Mampu,
Walau Kecewa Kali Yang Keseribu,
Hanya Pada ALLAH Aku Berseru...

::: 11.02.2014:::

Rasa Itu Kembali Menendang Hati,
Setiap Saat Tiada Tanda Berhenti,
Menangis sehingga Jiwa Itu Kemari,
Walau Hati Tiada Pasti.

:::28.01.2014:::

Ada Sesuatu Yang Hampir Menitis,
Tak Lawan Aku Menepis,
Satu Rasa Yang Tak Pernah Habis,
Walau Aku Berlari Lelah Hingga Letih.

:::27.01.2014:::

Zara,
Nama Aku Zara,
Manis Ku Hanya Biasa,
Cantik Pun Tidak Seberapa,
Hanya Aku Orang Sederhana,
Kalau Kau Suka, Kau Bole Terima,
Kalau Kau Tidak Cinta, Kau Boleh Pergi Saja.

:::28.12.2013:::

Aku Perempuan Bukan Penggoda,
Yang Kau Boleh Lihat Ikut Rasa,
Sentuh Ikut Suka.

:::23.12.2013:::

Cerita Semalam, Aku Kilas Padam,
Tiada Aku Pendam,Tidak Aku Dendam,
Hanya Aku Diam, Harap Kau Faham.

:::20.12.2013:::

Menyesali Aku Akan Sesuatu,
Tentang Kamu Dan Aku,
Takkan Menyatu, Menjadi Satu.

:::20.12.2013:::

Sayang Jangan Kau Menangis,
Kerna Hati Ku Mengikut Hiba,
Jangan Kau Biar Hati Membengis,
Walaupun Kau Benci Dia.

:::22.11.2013:::

Bibir Bisa Mencipta Dusta,
Kalau Hati Tiada Yang Direka-reka,
Inilah Hakikat Yang Aku Terima,
Walau Terpaksa Suka Berselang Duka,
Biar Pun Jiwa Masih Terseksa,
Tetapi Hati Masih Mampu Menyimpan Rahsia.

:::20.12.2013:::





No comments:

Post a Comment