Monday, 22 October 2012

Apabila Aku Sedang Menangis

Apabila Aku Sedang Menangis...

Aku Mencari Tempat Untuk Mengadu....

Apabila Aku Sedang Menangis...

Aku Tanya Hati Di mana Kamu...

Monday, 15 October 2012

Sahabat

Kadang-kadang  lebih baik sekadar menjadi teman daripada menjadi sahabat.
Kadang-kadang sahabat itu tak perasan tentang hati orang sekelilingnya apabila terlalu mengejar teman yg jauh di mata sahabat di hati sedikit dipinggirkan walaupun tak terniat. Mungkin dia tak perasan tetapi sebagai seorang sahabatnya mestilah dapat rasa... apabila hati sahabat ini cuba berkongsi kadang-kadang mata pun  dia tak pandang. acuh tak acuh saja. Tetapi dengan teman yang baru saja kenal em  lain pula caranya. Ada istilah bosan ke dalam bersahabat ni? Tak tahu lah kan... Dia sahabat. Saya cuma seorang teman. 

Sunday, 30 September 2012

Aku Terima

Bismillahirrahmanirrahimmm... 

Sekarang hati sedang bermain teka-teki. Aku belum jumpa jawapannya.
diterima, menerima aku belum pasti. Yang pasti aku sedang terima.
Terima segala dolak-dalih hati. Sekejap kuat sekejap terasa goyah.
Dalam segala hal ada baiknya kita belajar untuk terima.
Tak kisah la dalam hubungan dengan family, kawan-kawan or suami isteri.
Menerima kekurangan org lain itu lebih baik kan? 

*Aku percaya setiap ujian akan memberi syafaat kepada hati manusia*


Sunday, 16 September 2012

Aku ♥ MASALAH

Assalamualaikum buat teman-teman yang di rahmati Allah semua. 
Saya ada beli sebuah buku yang sangat menarik untuk dibaca & dikongsi dengan teman-teman. 

Pernahkah kita bertanya?

Kenapa ada yang dapat hidup bahagia walaupun hidup dalam kemiskinan namun anak-anak mereka menjadi insan yang berjaya malah ketenangan terpancar pada muka mereka?

Kenapa pula ada yang hidup dalam keadaan mewah dan berprestij namun berada dalam keadaan yang sedih dan tertekan serta anak-anak mereka menjadi sampah masyarakat?

Kenapa ada pasangan suami isteri dapat hidup bahagia hingga ke akhir hayat mereka?

Kenapa pula ada pasangan yang baru berkahwin tidak sampai setahun, sudah bergaduh sehingga bercerai-berai?

Kenapa ada yang kehidupannya susah, tetapi sentiasa gembira?

Kenapa ada yang sakit, tetapi sentiasa bersyukur pada ALLAH S.W.T?

Kenapa ada yang sudah muflis, tetapi masih bersemangat berjuang?

JAWAPANNYA :

Semua ini berpunca daripada cara kita mentafsir (persepsi minda) setiap kejadian atau masalah yang melanda kita.

~AKU CINTA MASALAH oleh Mohd Daniel Lim ~

                                                                                                                      Bandar Baru Bangi
                                                                                                                      16.09.2012
                                                                                                                       09:03 am

Friday, 10 August 2012

Tiada

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahimmm...
Tiada sebak Tiada air mata Tiada keluhan Tiada senyuman Tiada keperitan
Tiada keresahan Tiada kasih sayang Tiada cinta

Tiada yang mengetahui selain DIA. Indah aturnya adil untuk setiap manusia. Wahai manusia? Jangan bimbang kalau diuji setiap masa. Itu tanda kasih DIA dekat kita.Sungguh! DIA tidak pernah mengecewakan manusia. Hati. Jagalah hati. Peliharalah hati. Kuatkanlah hati. Menangislah. Senyumlah. Kedua-duanya bukanlah untuk meratapi kekurangan dan kelebihan tetapi ianya adalah anugerah dari yang ESA. Dusta! Tiada dusta DIA terhadap manusia kecuali manusia itu sendiri. Buat pemilik hati. Amanah masih lagi dijaga. Aku cinta. Kau cinta. Ikutkan saja jalannya. InsyaAllah kebahagiaan sedang menyusul mendatangi kita. Jangan kau pernah lupa. Aku ada apa yang engkau ada dan engkau ada apa yang aku ada. Kita memiliki dan merasainya bersama iaitu DIA.

Wasalam Ramadhan 
Bandar Baru Bangi.


Friday, 3 August 2012

Alhamdulillah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahimmm....
Terasa bgegar seluruh tubuh apabila melangkah masuk ke rumahMu...
Subhanallah! Hati menggigil memikirkan keEsaanMu...
Sungguh! Tiada ketenangan yang lain selain mendekatiMu...
Allah Akhbar! KekuasaanMu menemukan kami...
Alhamdulillah! Syukur! Doa kami telah Engkau perkenankan
Mohon Engkau memelihara hati kami. Aminnn....
InsyaAllah!

Saturday, 21 July 2012

Welcome ♥

Alhamdulillah
Bertemu untuk kali yang ke 23 dengan kekasih hati  sangat mengharukan
Syukur kepada mu ya ALLAH. Masih memberi aku kesempatan untuk bersama RAMADHAN.


::: SELAMAT BERPUASA  KEPADA SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT:::

NAK SHARE SIKIT
Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.